Utusan Borneo (Sarawak)

REALISASI ASPIRASI RAKYAT

BN Sarawak lancar Manifesto BN Sarawak PRU14, ikrar sokong PM tunai janji Manifesto BN PRU14.

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janji-janji dalam Manifesto BN Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagi tujuan itu Manifesto BN Sarawak PRU14 dilancarka­n dengan memberi penekanan kepada enam teras utama.

"Hari ini (semalam) kita melancarka­n Manifesto BN Sarawak untuk melengkapk­an Manifesto BN PRU14 yang diumumkan oleh Perdana Menteri (Najib) pada 7 April lepas dan paling penting, memberi jaminan aspirasi rakyat Sarawak menjadi realiti," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Manifesto BN Sarawak PRU14 di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Parti Rakyat (PRS) Sarawak Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden Parti (UPP) Rakyat Bersatu Dato Sri Wong Soon Koh.

Abang Johari yang juga Presiden PBB berkata, Manifesto BN Sarawak PRU14 bertemakan 'Transforma­si Sarawak Melalui Ekonomi Digital, Kesinambun­gan dan Peluang-Peluang Baharu.'

Menurut beliau, dalam Manifesto BN PRU14 terdapat bab khas, 'Senyum Sabah dan Sarawak' yang menunjukka­n Perdana Menteri amat komited membangunk­an Sarawak dalam aspek infrastruk­tur, pendidikan dan mengembali­kan hak-hak Sarawak seperti yang tersenarai dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Setakat ini, beliau telah mengadakan 61 lawatan kerja ke Sarawak dengan menghadiri 163 program dan mengumumka­n sekitar RM4 bilion untuk pembanguna­n semasa program lawatan mesra beliau ke negeri ini," katanya.

Abang Johari berkata, teras pertama Manifesto BN Sarawak PRU14 ialah BN Sarawak akan terus melindungi hak-hak Sarawak dan memelihara keharmonia­n dan perpaduan.

"Kedua, kami akan terus menyediaka­n kemudahan dan peluang pendidikan yang lebih baik. Ketiga, kami akan terus memperting­katkan transforma­si luar bandar.

“Keempat, kami akan terus meningkatk­an kualiti hidup rakyat. Kelima, kami akan terus mewujudkan peluang-peluang baharu untuk kemajuan dan kemakmuran berterusan dan yang keenam, kami akan terus mengamalka­n tadbir urus yang baik dan berintegri­ti,” katanya.

Antara lain yang disentuh Abang Johari ialah Kerajaan BN Sarawak akan meneruskan usaha mendapatka­n semula hakhak Sarawak seperti dalam MA63 kerana Perdana Menteri telah menyatakan persetujua­n mengembali­kan hak- hak tersebut secara konsensus.

Perdana Menteri juga katanya, bersetuju dengan penubuhan jawatankua­sa peringkat tinggi antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri untuk membincang­kan hak-hak Sarawak dalam MA63.

“Baru- baru ini, Empangan Hidroelekt­rik Bakun secara rasmi diserahkan kepada Sarawak... Bakun sekarang milik kita.

“Kita juga telah men- capai kejayaan dalam usaha mendapatka­n hak ke atas minyak dan gas dengan menguatkua­sakan Ordinan Perlombong­an Minyak Sarawak,” katanya.

Dari aspek hak- hak Sarawak pula, beliau berkata, Sarawak akan menuntut agar kedudukan Sarawak dikembalik­an seperti termaktub dalam Perlembaga­an persekutua­n yang asal.

BN Sarawak juga katanya, akan menuntut peningkata­n geran khas daripada kerajaan persekutua­n seperti diperuntuk­kan dalam Perlembaga­an persekutua­n.

“Kita juga menuntut pemberian pampasan kepada kerajaan negeri atas kehilangan pendapatan dengan pemansuhan duti import produk petroleum,” katanya.

Menyentuh teras untuk meningkatk­an kualiti hidup rakyat beliau berkata kerajaan negeri akan terus melindungi alam sekitar, membantera­s aktiviti pembalakan haram dan memperting­katkan kesejahter­aan hidup di bandar raya, bandar, kampung dan rumah panjang.

 ??  ?? TERBAIK: Abang Johari (dua kiri) menunjukka­n buku Manifesto BN Sarawak PRU14 pada majlis pelancaran­nya di Ibu Pejabat PBB, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah...
TERBAIK: Abang Johari (dua kiri) menunjukka­n buku Manifesto BN Sarawak PRU14 pada majlis pelancaran­nya di Ibu Pejabat PBB, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia