Utusan Borneo (Sarawak)

WARDEN MENYAMAR POLIS UNTUK SAMUN WANITA DICEKUP

-

MIRI: Seorang warden penjara yang menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun seorang wanita warga asing ditangkap polis dalam tempoh tidak sampai tujuh jam selepas kejadian.

Suspek, lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu, ditangkap sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di Jalan Bakam kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu ditangkap susulan satu laporan kes individu menyamar sebagai anggota polis yang dibuat pagi kelmarin.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi apabila seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh ladang pergi ke pekan Batu Niah untuk urusan penghantar­an wang gaji yang baharu diterima ke negaranya.

“Semasa berjalan, mangsa ditahan seorang lelaki yang memakai seragam lengkap seakan-akan polis dengan alasan hendak membuat pemeriksaa­n pasport,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Lim berkata, suspek mengambil beg tangan mangsa lalu merampas wang berjumlah RM5,000 di dalamnya.

“Mangsa mengesyaki suspek terbabit bukan anggota polis yang sebenar telah menjerit meminta tolong.

“Suspek kemudianny­a melarikan diri dengan menggunaka­n sebuah kereta,” katanya.

Jelas Lim, tangkapan ke atas suspek berjaya menemui dan merampas sejumlah wang yang dilaporkan hilang serta sebuah kereta.

“Pakaian seragam yang menyerupai seragam polis turut dirampas,” katanya.

Sehubungan itu, suspek dan kesemua barang yang dirampas dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Sebuah kereta yang dipercayai milik suspek turut dirampas.
BAHAN BUKTI: Sebuah kereta yang dipercayai milik suspek turut dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia