Utusan Borneo (Sarawak)

Sorok parang di ‘badan’ motosikal, dua dicekup

Dua suspek ditahan anggota dari Balai Polis Gita selepas dilihat mencurigak­an malam Ahad lepas

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Dua lelaki ditangkap polis selepas didapati memiliki sebilah parang yang disembunyi­kan di dalam ‘badan’ motosikal yang ditunggang­i mereka semasa ditahan untuk pemeriksaa­n di Matang, di sini kelmarin.

Menurut sumber, keduadua suspek yang berusia 20-an itu masing-masing berasal dari Taman Sri Jaya Matang dan pada mulanya ditahan anggota dari Balai Polis Gita selepas dilihat mencurigak­an iaitu sekitar jam 9 malam Ahad lepas.

“Hasil pemeriksaa­n polis berjaya menemui sebilah parang dianggarka­n sepanjang 19 sentimeter yang diselitkan di tepi badan motosikal tersebut dan kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Gita untuk siasatan lanjut,” kata sumber.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang pembantu kedai membuat laporan polis mendakwa telah dirompak dua lelaki bersenjata­kan parang semasa sedang bekerja di sebuah kedai di Jalang Matang, di sini sekitar jam 5 pagi hari yang sama.

Difahamkan, semasa kejadian mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang bekerja di kaunter apabila didatangi suspek yang kemudian terus mengacukan parang dan mengarahka­n- nya membuka mesin wang tunai.

“Suspek terus mengambil wang dari mesin tersebut dan melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal,” kata sumber yang turut memberitah­u suspek berjaya melarikan wang tunai kira-kira RM300.

Dalam satu lagi kes, seorang wanita turut membuat laporan polis mendakwa dirompak dua lelaki semasa membuka pagar rumahnya di Jalan Chawan, di sini sekitar jam 12.20 pagi Ahad lepas.

Sumber memberitah­u mangsa berusia 25 tahun itu didatangi dua lelaki bertopi keledar, di mana seorang daripada terus mengacukan parang di pinggangny­a sebelum merampas beg tangannya dan terus melarikan diri.

“Mangsa tidak sempat mengambil semula beg tangannya itu kerana kejadian berlaku dengan pantas,” kata sumber.

Antara yang terkandung di dalam beg tangan mangsa ialah wang tunai kira-kira RM2,000, telefon bimbit dan beberapa dokumen peribadi.

Hasil pemeriksaa­n polis berjaya menemui sebilah parang dianggarka­n sepanjang 19 sentimeter yang diselitkan di tepi badan motosikal tersebut dan kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Gita untuk siasatan lanjut. Sumber

 ??  ?? TERJERAT: Suspek (duduk) berjaya ditangkap polis selepas dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah di Bakong.
TERJERAT: Suspek (duduk) berjaya ditangkap polis selepas dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah di Bakong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia