Utusan Borneo (Sarawak)

Disyaki pecah rumah, remaja lelaki diberkas

-

MIRI: Seorang remaja lelaki berjaya ditahan polis berhampira­n perhentian bas Rumah Kos, Sungai Lutong, Bakong dekat sini awal pagi kelmarin kerana disyaki terlibat dengan kes pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Gabriel Risut berkata, suspek yang berusia 19 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Beluru kira-kira jam 6 pagi.

Menurutnya, susulan penahanan tersebut, polis berjaya menemui semula barangbara­ng yang dilaporkan hilang.

“Tangkapan ke atas suspek dibuat susulan satu laporan kes pecah rumah membabitka­n sebuah rumah tidak bernombor di Sungai Lutong Atas, Beluru pada 7 April lalu kira- kira jam 3 petang.

“Kejadian itu disedari pemilik rumah bersama rakannya selepas pulang daripada ladang, dan ketika itu mendapati terdapat sebuah motosikal diparkir di hadapan rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Gabriel berkata, sejurus itu mangsa berasa curiga lantas membuka pintu rumahnya dan mendapati ia dalam keadaan berselerak­an.

“Pemeriksaa­n oleh mangsa mendapati dua telefon bimbit milik isterinya yang dianggarka­n bernilai RM300 telah hilang dan tingkap biliknya dibuka.

“Mangsa kemudianny­a turun dari rumah dan memeriksa motosikal terbabit sebelum menjumpai satu beg silang dan di dalamnya mengandung­i satu dompet yang berisi dokumen pengenalan diri suspek,” katanya.

Tambahnya lagi, semasa mangsa sedang memeriksa beg tersebut, tiba-tiba ternampak seorang lelaki dipercayai suspek melarikan diri ke dalam semak.

“Mangsa dan rakannya cuba mengejar suspek tetapi tidak berjaya,” katanya.

Suspek yang berjaya ditangkap polis kemudianny­a dibawa ke Balai Polis Beluru untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia