Utusan Borneo (Sarawak)

Jiran prihatin selamatkan rumah daripada hangus

-

MIRI: Keprihatin­an dan kepantasan jiran menghubung­i pihak bomba berjaya menyelamat­kan sebuah rumah daripada musnah dijilat api di Taman Lopeng, Jalan Cahaya di sini, pagi semalam.

Jiran terbabit segera menghubung­i balai bomba setelah melihat asap berkepul keluar dari dalam rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.18 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat bawah yang dijadikan tempat penyimpana­n buku di sebuah rumah dua tingkat berstruktu­r kekal yang telah terbakar kira- kira 70 peratus.

“Pasukan bomba semasa tiba terpaksa membuka pagar besi pada pintu untuk masuk ke dalam berikutan semasa kejadian tiada penghuni di rumah, dipercayai keluar bekerja,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Law berkata, anggota bomba berjaya bertindak membuat pemadaman serta pengudaraa­n sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 9.35 pagi.

“Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan operasi pemadaman tamat kira-kira jam 9.45 pagi.

“Rumah tersebut didiami enam sekeluarga iaitu sepasang suami isteri dan empat anak mereka,” katanya.

Operasi tersebut disertai sepasukan tujuh anggota FRT dan tiga anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng.

Turut membantu sepasukan lima anggota FRT dan tiga anggota EMRS dari BBP Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia