Utusan Borneo (Sarawak)

Taat, setia warga ATM adalah kepada raja, negara

-

KUCHING: Taat dan setia warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah kepada raja dan negara, bukannya memihak kepada sebelah parti, tegas Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Malah, katanya taat dan setia warga ATM kepada raja dan negara tiada batasan dan pada masa sama, bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan yang memerintah.

“Dalam jiwa seorang anggota tentera dari saat mereka lahir sehingga mati, malah veteran masih mempunyai satu semangat iaitu ketaatan dan kesetiaan yang kuat kepada raja dan negara.

“Itu tidak pernah pudar, jadi saya ingin nyatakan bahawa warga ATM adalah golongan mereka yang mempunyai taat dan setia kepada raja dan negara yang tidak berbelah bahagi.

“Itu telah ditunjukka­n melalui pengorbana­n mereka yang rela mati dan berkorban segalanya demi menunjukka­n ketaatan dan kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya pada sidang media sempena Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem Muara Tuang di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu, Hishammudd­in mengingatk­an pihak tertentu agar tidak mem- persoalkan kesetiaan dan ketaatan warga tentera kerana keutamaan mereka adalah kepada negara.

“Jangan cuba nak perlekehka­n warga ATM dan jangan cuba nak mengaburi mata orang luar kerana tuduhan (warga ATM memihak kepada sebelah parti) sebegini rupa adalah menyedihka­n dim anai a telah digembarge­mburkan oleh pemimpin dahulu di mana ketaatan dan kesetiaan yang diberikan kepadanya dulu juga tidak berbelah bahagi.

“Cukuplah, mesti ada had dan batasannya juga dalam kita hendak meraih sokongan dan berpolitik,” katanya.

 ??  ?? TAAT SETIA: Affandi (kiri) bersama Abang Johari dan Hishammudd­in pada Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem Muara Tuang, semalam.
TAAT SETIA: Affandi (kiri) bersama Abang Johari dan Hishammudd­in pada Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem Muara Tuang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia