Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama penyelidik­an antara Malaysia dan AS disokong

-

SIBU: Kerjasama antara Duke University, Amerika Syarikat (AS) dengan Hospital Sibu dan SEGi University dalam penyelidik­an virus respirasi (pernafasan) telah mendapat sokongan Kedutaan AS di Malaysia.

Duta AS ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir berkata, penyelidik­an di Pusat Penyelidik­an Klinikal ( CRC) di Hospital Sibu membawa nilai kepada rakyat Malaysia dan AS serta masyarakat di seluruh dunia.

“Kesihatan global adalah milik semua orang di dunia ini.

“Saya menghargai dan berbangga dengan mereka yang terlibat dalam penyelidik­an di Sibu, serta akan berusaha membantu memberi sokongan sewajarnya,” jelasnya.

Kamala berkata demikian ketika ditemui pemberita semalam selepas mengadakan lawatan ke CRC di Fakulti Perubatan SEGi University Kampus Klinikal Sibu.

Mengimbau kembali pengalaman­nya ketika berkhidmat di Kedutaan AS di Beijing, beliau berkata, krisis wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) berlaku ketika itu.

Menurut Kamala, setiap kakitangan di kedutaan perlu membasuh tangan dengan kerap dan memantau suhu badan sebelum keluar bekerja.

“Kedutaan juga dibersihka­n menggunaka­n bahan peluntur. Saya melihat sendiri masyarakat dan negara menghadapi krisis wabak itu.

“Ini membawa mesej bahawa penyakit berlaku tanpa mengira sempadan. Penyakit tidak memerlukan visa.

“Penyakit merebak dengan cepat di seluruh dunia dan menerusi pengalaman baharu kita dapat melihat wabak virus Ebola,” ujarnya.

Dalam perkara yang sama Kamala memberitah­u, kedutaan juga menyokong penyelidik­an di Sabah dan Semenanjun­g Malaysia dan kini bermula di Sarawak untuk penyelidik­an interaksi manusia dan hidupan liar.

Penyelidik­an dikenali sebagai ‘ emerging diseases’ yang berlaku dalam kalangan mereka yang memakan daging hidupan liar.

“Orang yang memakan daging hidupan liar mungkin terdedah kepada jangkitan bakteria dan virus.

“Kerajaan Amerika Syarikat telah menyokong usaha ini sejak beberapa tahun lalu kerana Malaysia mempunyai hutan hujan tropika dan hidupan liar.

“Kita sebagai manusia tidak pasti apa yang akan berlaku,” jelasnya.

Hadir sama Naib Canselor SEGi University Profesor Dr Patrick Kee dan Ketua Pusat Penyelidik­an Klinikal Hospital Sibu Profesor Dr Toh Teck Hock.

 ??  ?? BERI SOKONGAN: Kamala (kanan) ketika ditemui pada sidang media sambil diperhatik­an Dr Kee (kiri).
BERI SOKONGAN: Kamala (kanan) ketika ditemui pada sidang media sambil diperhatik­an Dr Kee (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia