Utusan Borneo (Sarawak)

Tuduhan Rafidah tidak berasas sama sekali: Hishammudd­in

-

KUCHING: Tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz mengenai puluhan ribu hektar tanah tentera telah dipindahka­n kepada sebuah syarikat swasta tanpa melalui tender terbuka adalah tidak berasas sama sekali.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata tuduhan Rafidah menerusi ‘ surat terbuka’ di Facebook yang ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Ssri Najib Tun Razak itu sebagai ‘pembohonga­n yang jelas’ dan ‘penuh dengan kesilapan’.

“Saya sangat kecewa kerana beliau sebagai ahli kabinet pada masa itu dan merupakan sebahagian daripada yang membuat keputusan telah membuat tuduhan palsu.

“Saya tidak tahu apa tujuannya tetapi saya melihat, beliau tidak bertanggun­gjawab langsung,” katanya pada sidang media sempena Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem Muara Tuang di sini, semalam.

Selain itu, Hishammudd­in turut menafikan dakwaan Rafidah berhubung sebuah syarikat yang dikendalik­an oleh tiga individu yang memiliki setiap inci aset kementeria­nnya, dengan menegaskan ia adalah tidak benar.

Antara lain, bekas menteri yang berkhidmat lebih daripada dua dekad di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi itu menyatakan bahawa satu projek berbentuk ‘ pertanian komersial besar-besaran’ yang telah diumumkan oleh Hishammudd­in, yang akan dibangunka­n atas tapak-tapak tanah Mindef yang tidak digunakan.

Bagaimanap­un, Hishammudd­in turut menyatakan ia adalah pembohonga­n besar oleh Rafidah.

“Saya hanya berfikir tentang keselamata­n makanan dengan Kementeria­n Pertanian, iaitu dua atau tiga tahun lalu. Tidak ada apa yang berlaku sejak itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia