Utusan Borneo (Sarawak)

TEGAS menamatkan ‘Pre-Accelerato­r Bootcamp’ pertama

-

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak ( TEGAS) menamatkan ‘Pre-Accelerato­r Bootcamp’ yang pertama anjuran TEGAS baru-baru ini.

Seramai 14 daripada 20 peserta ‘startups’ menyertai program dua minggu tersebut bagi mengembang­kan idea perniagaan mereka kepada 100 pelabur berpotensi, agensi, rakan strategik dan pemimpin kerajaan.

Trifold Enterprise, Menur dan Wangi Lai PLT muncul tiga pemenang terbaik pada program tersebut yang dikuasakan oleh Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) bermula Ahad lepas.

Program ini direka untuk membantu usahawan memulakan perniagaan mereka bermula dari idea sehingga pembanguna­n produk.

Dikendalik­an pakar-pakar industri, peserta mempelajar­i topik seperti pembanguna­n produk dan pelanggan dan sebagainya.

Peserta diberi peluang untuk akses kepada mentor dan jurulatih daripada syarikat seperti 500 Startups, Segnel Ventures, FutureLab, Crowdo, Mindvalley, youthstoda­y. com dan banyak lagi.

“Misi kami adalah untuk menyediaka­n peluang pertumbuha­n kepada peserta dari peringkat awal dan membina komuniti startups yang kuat di Sarawak.

“Inisiatif ini adalah selari dengan agenda Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk meningkatk­an bilangan usahawan berjaya dan memacu ekonomi digital negeri,” kata Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh.

Pemenang menerima penggunaan ruang meja di Hab Inovasi Digital TEGAS setahun, peluang menyertai Makmal TEGAS Startup dan penyertaan dalam Program Magic’s Global Accelerato­r (Gap) di Cyberjaya.

Semua 14 peserta ‘startups’ terdiri daripada Trifold Enterprise, Codelab Academy, Thirst Milkshake, Canard Restaurant, Wangi Lai PLT, Traver Technologi­es, Teech, Menur, Majoh!, Sluvi, Food Hero, TRIBE, Ai-Key dan Team Rocket.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia