Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak pencapaian membanggak­an dikecapi PUSAKA dalam industri perkayuan di negeri ini

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Persaraan Datu Sarudu Hoklai sebagai pengurus besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) merupakan satu kehilangan besar buat warga PUSAKA.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, di bawah kepimpinan Sarudu, banyak pencapaian membanggak­an dikecapi PUSAKA dalam industri perkayuan di negeri ini.

Jelasnya, antaranya menjadi badan berkanun pertama melaksanak­an Kad Pencapaian Seimbang ( BSC) yang menjadi penanda aras kepada agensi kerajaan.

“Saya kenal beliau (Sarudu) yang sudah 39 tahun berkhidmat dengan kerajaan, beliau sangat berpengala­man dan sudah tentu kita kehilangan seorang yang berwibawa ekoran pesaraan beliau ini.

“Sepanjang lapan tahun beliau memacu PUSAKA, banyak meraih pencapaian yang cemerlang, bak kata orang, untuk meneruskan dan mengekalka­n kecemerlan­gan sedia ada lebih sukar daripada mencipta kegemilang­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persaraan Sarudu di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Malah, Awang Tengah memberitah­u, di bawah kepimpinan Sarudu juga, PUSAKA berjaya melahir- kan Pusaka Capital Sdn Bhd dan berupaya menarik rakan niaga daripada kumpulan elit seperti Petronas.

“Di samping itu, banyak lagi projek dan aktiviti yang dilaksanak­an oleh beliau antaranya pengambila­lihan Sarawak Planted Forest (SPF), Tanjung Manis Admin Tower dan banyak lagi,” tambahnya.

Pada masa sama Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an itu berkata, ini membuktika­n PUSAKA berada di landasan yang tepat untuk terus menjadi organisasi berwibawa.

“Kita berharap pengganti beliau akan terus melonjakka­n usaha beliau dan membawa PUSAKA menuju ke puncak.

“Saya berharap warga PUSAKA dan kepimpinan baharu nanti akan terus fokus dalam menerajui dan memajukan industri perkayuan di negeri ini,” ujarnya.

Terdahulu, Sarudu dalam ucapannya mengucapka­n ribuan terima kasih kepada seluruh warga PUSAKA yang telah bersama-sama dengan beliau membawa PUSAKA ke tahap cemerlang.

“Segala pencapaian ini hasil kerjasama dan komitmen seluruh warga PUSAKA dalam kita memajukan industri perkayuan di negeri ini,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Pemangku Pengurus Besar Pusaka Hashim Bojet, Pengerusi Eksekutif Harwood Timber Sdn Bhd Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? SALAM PERPISAHAN: Awang Tengah memeluk erat Sarudu yang bersara sebagai pengurus besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak.
SALAM PERPISAHAN: Awang Tengah memeluk erat Sarudu yang bersara sebagai pengurus besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak.
 ??  ?? TERIMALAH: Awla menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada peserta sambil disaksikan Nancy (tiga kiri), Wan Madihi (dua kiri), Abdul Khalid (kiri) dan Kadir.
TERIMALAH: Awla menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada peserta sambil disaksikan Nancy (tiga kiri), Wan Madihi (dua kiri), Abdul Khalid (kiri) dan Kadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia