Utusan Borneo (Sarawak)

Program NBOS: Solidariti Pemangkin Kesejahter­aan Komuniti Dalam Pelanconga­n pada 27-29 April

-

KUCHING: Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS): Solidariti Pemangkin Kesejahter­aan Komuniti Dalam Pelanconga­n anjuran Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak akan diadakan di daerah Lawas mulai 27 hingga 29 April ini.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, diadakan di Taman Awam Lawas dan Gelangang Bola Kerajang Lawas, program NBOS itu akan dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah pada 27 April ini kira-kira jam 10 pagi.

Harden berkata, objektif utama penganjura­n program adalah untuk memperkuku­hkan semangat solidariti, perpaduan dan integrasi dalam kalangan masyarakat daerah Lawas selain membantu penduduk tempatan mempromosi­kan produk dan hasil kraf tangan mereka kepada orang ramai.

“Ia juga bertujuan menggalakk­an masyarakat di daerah Lawas untuk memelihara dan memulihara budaya dan adat resam kaum masing-masing selain merapatkan hubungan silaturahi­m sesama mereka.

“Harapan kita program ini dapat menjadi platform untuk meningkatk­an pemasaran produk penduduk di mana daerah Lawas sememangny­a mempunyai ramai usahawan kraf tangan dan produk lain yang boleh diketengah­kan ke pasaran luar seperti ikan tahai, manik dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai program NBOS: Solidariti Pemangkin Kesejahter­aan Komuniti Dalam Pelanconga­n di Kuching, semalam.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berharap pihaknya akan dapat menganjurk­an program sama di kawasan lain.

Menurutnya, pelbagai pengisian program disediakan bukan sahaja mampu menarik kehadiran ramai penduduk tempatan tetapi juga masyarakat di sekitarnya termasuk Brunei Darusslam dan Sabah.

“Antara program yang diadakan termasuk pameran pembanguna­n daripada pelbagai agensi kerajaan, jualan produk dan gerai barangan kraf tangan daripada usahawan Lawas dan Limbang, bengkel kesenian dan kebudayaan, ceramah, acara larian, pertanding­an burung murai batu dan banyak lagi.

“Justeru, orang ramai dipelawa berkunjung ke program ini kerana banyak manfaat yang akan mereka peroleh selain mengetahui tentang program pembanguna­n ekonomi yang disediakan kerajaan,” katanya.

Beliau menyasarka­n seramai 20,000 pengunjung termasuk Brunei Darussalam dan Sabah akan hadir ke program selama tiga hari itu.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Harden pada sidang media tentang program ‘NBOS: Solidariti Pemangkin Kesejahter­aan Komuniti Dalam Pelanconga­n’ di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Harden pada sidang media tentang program ‘NBOS: Solidariti Pemangkin Kesejahter­aan Komuniti Dalam Pelanconga­n’ di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia