Utusan Borneo (Sarawak)

PH Sarawak capai kesepakata­n pembahagia­n 31 kerusi ditandingi

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak telah mencapai kesepakata­n dalam soal pembahagia­n 31 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan bertanding di sembilan kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 16 kerusi manakala baki enam kerusi akan ditandingi Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sembilan kerusi yang ditandingi DAP ialah Mas Gading, Serian, Stampin, Bandar Kuching, Sibu, Lanang, Sarikei, Bintulu dan Kapit.

PKR pula akan bertanding di Miri, Petra Jaya, Puncak Borneo, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Julau, Kanowit, Mukah, Selangau, Hulu Rajang, Sibuti, Baram, Limbang dan Lawas.

Manakala Amanah akan bertanding di Santubong, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Igan dan Tanjung Manis.

“Kerusi Lanang dan Mukah sebelum ini ditandingi oleh DAP, tetapi sekarang akan ditandingi oleh PKR dengan mengambil kira kekuatan PKR di dua kawasan ini.

“Pembahagia­n kerusi ini telah dibuat atas persetujua­n bersama tanpa pertikaian,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini semalam.

Terdahulu pada sidang media itu, Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak turut memaklumka­n bahawa DAP akan kekal menggunaka­n logo roket di Sarawak pada PRU14 ini manakala PKR dan AMANAH masing-masing akan menggunaka­n logo PKR.

Perkara ini telah dipersetuj­ui dalam mesyuarat semalam kerana PH Sarawak dan DAP khususnya mempunyai autonomi penuh dalam hal berkaitan parti di negeri ini.

Berhubung calon pula, pengumuman calon di semua 31 kerusi akan dibuat selepas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengumumka­n tarikh hari penamaan calon dan pembuangan undi.

Berhubung isu di kerusi Miri, telah dipersetuj­ui akan ditandingi oleh PKR dan partiparti dalam PH Sarawak akan menyokong penuh calon yang dikemukaka­n oleh PKR di Miri.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan Pengerusi AMANAH Sarawak Fidzuan Zaidi serta pemimpin PH Sarawak yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia