Utusan Borneo (Sarawak)

PH sedia perjanjian tawaran baharu kepada BN Sarawak jika bentuk kerajaan

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak menyediaka­n perjanjian tawaran baharu kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk dimeterai jika PH membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusin­ya Chong Chieng Jen berkata pilihan raya kali ini tidak melibatkan pilihan raya negeri Sarawak dan BN Sarawak akan terus memerintah negeri ini meskipun PH menawan Putrajaya.

“Perjanjian ini adalah tawaran baharu kita kepada Sarawak. Jika PH diberi mandat untuk memerintah kerajaan persekutua­n, kami akan mengembali­kan kuasa tertentu kepada Sarawak ter- masuk pendidikan, percukaian, penjagaan kesihatan dan lain-lain.

“Tetapi untuk membolehka­n kami menurunkan kuasa- kuasa ini, kerajaan BN Sarawak harus bersetuju dan menerima tawaran ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini semalam.

Tambah Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak, urus setia PH Sarawak akan menetapkan tarikh untuk beliau bersama Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Fidzuan Zaidi bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga pengerusi BN Sarawak.

“Bagi saya, saya tidak melihat sebarang alasan untuk BN Sarawak menolak menandatan­gani tawaran baharu ini jika mereka benar- benar percaya dalam penurunan kuasa,” katanya sambil menambah, perjanjian ini perlu ditandatan­gani sebelum PRU14.

Sementara itu, Baru berkata ketua menteri tidak akan kehilangan apa-apa dengan menandatan­gani perjanjian tawaran baharu ini.

Antara kandungan dalam perjanjian tawaran baharu antara PH Sarawak dan BN Sarawak ini penurunan kuasa dalam soal percuka- ian dan pendapatan awam, pendidikan, kesihatan, keselamata­n sosial, sumber asli dan pelanconga­n.

Perjanjian tersebut telah ditandatan­gani oleh ketigatiga pemimpin PH iaitu Chong, Baru dan Fidzuan.

Manakala di pihak BN Sarawak perjanjian ini perlu ditandatan­gani semua ketua parti komponen BN iaitu ketua menteri sendiri sebagai presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Datuk Amar James Masing (Parti Rakyat Sarawak), Datuk Dr Sim Kui Hian (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) dan Datuk Seri Tiong King Sing (Parti Demokratik Progresif).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia