Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan terperdaya dengan muslihat Dr Mahathir, kata Riot

Tidak pernah ke Serian selama 22 tahun jadi PM, Dr Mahathir wakilkan DAP bertanding di Parlimen Serian

- Oleh Henrietta Liza

SERIAN: Parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad menggunaka­n tipu muslihat dan memperdaya­kan rakyat bagi merampas kuasa dan menjadi pemimpin yang tidak pernah mempedulik­an rakyat di Serian.

Penyandang Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata beliau mendapat tahu bahawa parti komponen PH telah mewakilkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Serian.

“Pilihan raya kali ke-14 ini adalah ibu kepada semua pilihan raya yang telah berlalu sebelum ini kerana pembangkan­g cuba merampas kerajaan dengan diketuai Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun tetapi tidak pernah menjejakka­n kaki ke Serian.

“Berbeza dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selama hampir 10 tahun menjadi perdana menteri beliau telah menjejakka­n kaki sebanyak enam kali ke Serian dan membawa pembanguna­n sep- erti bekalan air dan beberapa projek besar ke sini.

“Saya percaya mereka (DAP) akan datang dan turut mendengar Barisan Nasional (BN) Serian mungkin ditentang oleh DAP, tetapi kenapa sebelum pilihan raya mereka (DAP) tidak pernah datang dan muncul. Sekarang tibatiba pandai muncul bawa orang mereka pergi ke kampung sana dan sini.

“Jangan dengar perkataan ‘harapan’ saya sengaja menggunaka­n baju bernombor 31 yang bermakna di Sarawak ada 31 kerusi dan saya sebagai anak Sarawak dan bangsa Sarawak mahu 31 kerusi Parlimen jatuh ke tangan BN,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan MRP (peruntukan OG Parlimen 2018) di Dewan Ranchan semalam.

Riot memakai baju bernombor 31 semalam kerana menganggap­nya keramat bagi penduduk di Serian yang melambangk­an jumlah kawasan Parlimen di seluruh negeri dengan harapan agar tempat- tempat lain yang pernah dipimpin DAP akan kembali mengundi BN semula.

Riot juga menegaskan ba- hawa beliau akan mempertaha­nkan kerusi BN dan berharap akan dicalonkan semula walaupun kedengaran khabar angin mengatakan bahawa beliau tidak akan dicalonkan semula di kerusi itu.

Sasaran dan harapan kita supaya Sarawak akan mempunyai kuasa berkaitan dan suara Serian akan kuat didengari di Putrajaya.

Justeru, katanya selepas Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumka­n tarikh pengundian nanti, Serian akan memperjuan­gkan ‘tagline’ ‘Bersama BN, Hebatkan Serian’.

Beliau yang juga merupakan timbalan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengingatk­an masyarakat di Serian agar menyokong dan memberi kemenangan majoriti yang besar kepada BN.

Serian hari ini turut mempunyai Institut Latihan Perindustr­ian ( ILP) yang telah dilancarka­n projek pembinaann­ya pada 24 Mac lalu bagi mencapai 65 peratus permintaan pekerja berkemahir­an tinggi menjelang 2030 di Sarawak dan 2027 untuk seluruh negara.

“Apabila BR1M diperkenal untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik, Dr Ma- hathir menggelarn­ya sebagai rasuah, tetapi apabila Dana Kewangan Antarabang­sa (IMF) dan Bank Dunia menyatakan bahawa BR1M bukan rasuah, sekarang beliau kata ia bagus pula.

“Bayangkan orang seperti ini yang mahu merampas kerajaan di bawah tampuk BN atas nama Pakatan Harapan.

“Kali ini kita perlu hapuskan DAP dari Serian, kalau boleh biar calon DAP hilang wang pertaruhan supaya dia tidak kacau Serian lagi.

“Apa dah jadi? DAP di Semenanjun­g pakai logo PKR dan di Sarawak masih akan menggunaka­n logo roket?

“Ini jelas menunjukka­n bahawa parti- parti dalam Pakatan Harapan memang tidak mempunyai persefaham­an,” ujarnya.

Pada majlis itu 113 penerima terdiri daripada persatuan, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK), kejiranan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Serian menerima cek MRP masingmasi­ng yang dianggarka­n berjumlah hampir RM2.2 juta.

Pilihan raya kali ke-14 ini adalah ibu kepada semua pilihan raya yang telah berlalu sebelum ini kerana pembangkan­g cuba merampas kerajaan dengan diketuai Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun tetapi tidak pernah menjejakka­n kaki ke Serian. Datuk Seri Richard Riot Jaem Penyandang Parlimen Serian

 ??  ?? TURUN PADANG: Jamilah merakam kenangan bersama penduduk tempatan pada Majlis Penyerahan Projek RTP di Surau Al-Amin Kampung Stunggang Melayu di Lundu, baru-baru ini.
TURUN PADANG: Jamilah merakam kenangan bersama penduduk tempatan pada Majlis Penyerahan Projek RTP di Surau Al-Amin Kampung Stunggang Melayu di Lundu, baru-baru ini.
 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Riot (empat kanan) menyampaik­an cek MRP Parlimen Serian 2018 kepada salah seorang penerima di Dewan Ranchan, Serian semalam.
UNTUK RAKYAT: Riot (empat kanan) menyampaik­an cek MRP Parlimen Serian 2018 kepada salah seorang penerima di Dewan Ranchan, Serian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia