Utusan Borneo (Sarawak)

Penurunan ketara penerima BR1M fasa pertama tanpa akaun di Sibu

-

SIBU: Bahagian Sibu mencatat seramai 4,377 penerima baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) fasa pertama tanpa akaun bagi tahun 2018 berbanding 30,123 pada 2012.

Residen Bahagian Sibu Charles Siaw berkata, penurunan bilangan penerima BR1M tanpa akaun yang sangat ketara ini menunjukka­n kesedaran sebilangan besar penerima BR1M dalam mengemas kini maklumat akaun mereka.

“Dengan mengemas kini maklumat akaun mereka, pembayaran dapat dimasukkan terus ke dalam akaun penerima dan mereka tidak perlu menunggu baucar dihantar kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaia­n BR1M Fasa Pertama Daerah Sibu Tahun 2018 di Dewan Kompleks Islam Sibu, petang semalam.

Pada majlis berkenaan, Siaw yang mewakili Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee menyampaik­an baucar BR1M kepada 64 penerima bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.

Untuk itu, beliau menasihati para penerima BR1M melalui baucar supaya mengemas kini maklumat akaun agar bantuan itu dapat disalurkan terus ke akaun bank mereka.

Selain itu katanya, p e m b e r i a n B R 1 M yang memasuki tahun ketujuh menunjukka­n keprihatin­an kerajaan dalam mementingk­an kebajikan dan kesejahter­aan rakyat di negara ini.

J e l a s n y a , k e r a j a a n meneruskan pemberian BR1M kerana bantuan ini sedikit sebanyak membantu mengurangk­an beban rakyat khususnya bagi yang berpendapa­tan rendah.

“Bagi Kerajaan Negeri Sarawak, kami amat menghargai komitmen kerajaan pusat untuk terus memberi bantuan BR1M demi pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Hadir sama Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce dan Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia