Utusan Borneo (Sarawak)

Terima latihan asas kebombaan, termasuk latihan bantuan kecemasan dan peralatan padam api

-

LAWAS: Petronas dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta masyarakat setempat di sini, melancarka­n Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Long Sukang, semalam sebagai sebahagian daripada inisiatif pelaburan sosial korporat (CSI) syarikat.

Di bawah program ini, hampir 40 penduduk kampung menerima latihan asas kebombaan, termasuk latihan bantuan kecemasan dan peralatan memadam api daripada JBPM Lawas.

“Peralatan yang disediakan dengan asas kebombaan, akan membolehka­n mereka bertindak sebagai barisan paling hadapan untuk mengawal kebakaran dan membantu mangsa kebakaran dengan memberi pertolonga­n cemas sementara menunggu ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian,” kata jurucakap Petronas bagi program berkenaan.

Katanya, program itu juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Petronas memastikan komuniti yang tinggal di sepanjang laluan projek Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP) sentiasa bersedia dengan faktor dan aspek keselamata­n bagi mengelak dan menangani sebarang insiden yang berlaku atau boleh terjadi.

Ini kerana katanya, terdapat beberapa kampung yang terbabit dalam projek ini terletak agak jauh dari sehingga dua jam perjalanan dari pekan Lawas.

“Oleh itu dengan adanya Pasukan Bomba Sukarela yang akan menjadi pasukan barisan hadapan, dapat membantu mengurangk­an risiko kebakaran atau kecemasan berlaku,” tambahnya jurucakap itu.

Dalam pada itu, PBS berkenaan telah menyiapkan dua modul latihan terkini dan akan terus menjalani latihan- latihan perlu dari semasa ke semasa kendalian para pegawai JBPM.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Nor Hisham Mohammad dan wakil-wakil Petronas serta lebih 100 penduduk kampung dari kawasan terbabit.

 ??  ?? BANTU MASYARAKAT: Anggota Psukan Bomba Sukarela memulakan latihan asas bersama anggota JBPM Lawas di Long Sukang, Lawas.
BANTU MASYARAKAT: Anggota Psukan Bomba Sukarela memulakan latihan asas bersama anggota JBPM Lawas di Long Sukang, Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia