Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen Derma Darah anjuran PBB KUB berjaya

-

SIBU: Kempen Derma Darah di Masjid Al-Muhajirin, Kampung Usahajaya Baru berlangsun­g dengan jayanya baru-baru ini apabila mendapat kerjasama dan sokongan penuh penduduk setempat dan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dudong.

Kempen tersebut merupakan anjuran Cawangan Kecil PBB Kampung Usahajaya Baru (KUB).

“Kami amat gembira menerima sambutan menggalakk­an bukan sahaja daripada ahli PBB Cawangan Dudong malah penduduk kampung yang turut menyokong Kempen Derma Darah ini,” kata Timbalan Pengerusi Cawangan Kecil I PBB KUB Ramli Pailan.

Menurut Ramli, Cawangan Kecil I PBB KUB tertakluk di bawah PBB Cawangan Dudong.

Beliau menambah, kempen itu diadakan bagi membantu Bank Darah Hospital Sibu menambah bekalan darah yang akan digunakan untuk menyelamat­kan nyawa.

“Jika berlaku sebarang kecemasan, setitis darah sekalipun akan memberi makna yang besar kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Ramli berkata, melalui kempen itu mereka mahu menggalakk­an penduduk kampung membantu Bank Darah Hospital Sibu dengan menyertai kempen tersebut.

“Inilah kali pertama kami menganjurk­an kempen ini dan kami berharap dapat mengadakan kempen ini sebagai aktiviti tahunan untuk Cawangan Kecil I PBB KUB,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi PBB Cawangan Dudong Jamil Julaihi dan Ketua Pemuda PBB Cawangan Dudong Mohammad Arhman Ahmad Mahdi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia