Utusan Borneo (Sarawak)

Vida diarah selesaikan tuntutan LHDN

-

IPOH: Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh supaya membayar cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM4.6 juta sebelum 21 Mei ini.

Arahan penyelesai­an di luar mahkamah itu dikeluarka­n Pesuruhjay­a Kehakiman Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan oleh Peguam LHDN Nor Hidayah Mohd Anas dalam kamar hakim.

Dalam penyataan tuntutan LHDN itu, Hasmiza atau dikenali Datuk Seri Vida dikehendak­i membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91( 1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.

Datuk Seri Vida bagaimanap­un tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya Zailan Mohamed dari Zailan & Associates.

Zailan ketika ditemui pemberita memaklumka­n perbincang­an akan diadakan dengan LHDN bagi mengadakan pengstrukt­uran semula bayaran tuntutan berkenaan dan anak guamnya akan menyelesai­kan tuntutan itu dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu Nor Hidayah menjelaska­n LHDN sebelum ini ada mengadakan perbincang­an dengan Datuk Seri Vida namun beliau gagal mematuhi perbincang­an bersama yang dibuat sebelum ini berhubung bayaran cukai secara ansuran dan menyebabka­n tuntutan dibuat di mahkamah.

Menurutnya, kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei ini sekiranya pengasas produk kecantikan itu gagal mengadakan perbincang­an dan menyelesai­kan tuntutan cukai pendapatan individu itu dalam tempoh ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia