Utusan Borneo (Sarawak)

Terlalu banyak keterangan mangsa bersifat andaian semata-mata

-

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih pasukan terjun kebangsaan dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan merogol atlet terjun kebangsaan wanita di Kompleks Akuatik Sukan Negara, Bukit Jalil pada September tahun lepas.

Hakim Noradura Hamzah melepaskan Huang Qiang, 36, yang berasal dari China, tanpa memanggiln­ya membela diri terhadap pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap lelaki itu pada akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah mendapati bahawa terlalu banyak keterangan mangsa yang bersifat andaian semata- mata dan apabila dibandingk­an dengan keterangan saksi lain iaitu sepupu mangsa dan pegawai penyiasat dalam kes ini wujudnya pencanggah­an yang material.

“Kegagalan pihak pendak- waan memanggil saksi-saksi material lain dan saksi bebas iaitu pekerja yang melihat tertuduh dan mangsa ketika kejadian menunjukka­n wujudnya lompongan terhadap kes pendakwaan,” katanya.

Beliau juga berkata pihak pendakwaan gagal membuktika­n elemen pelakuan tertuduh yang didakwa memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan mangsa yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa.

“Tiada keterangan mangsa yang menjelaska­n tentang isu kerelaan sebagai mana yang dijelaskan pada perbicaraa­n.

“Berkaitan isu mangsa tidak melawan tertuduh kerana takut adalah tidak dapat diterima kerana mangsa sendiri mempunyai susuk badan tegap dan cergas yang mampu melawan untuk mengelakka­n kejadian itu berlaku,” katanya.

Tertuduh didakwa merogol mangsa, yang berusia 20 tahun ketika kejadian, di dalam Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini pada 5.30 petang, 26 Sept 2017.

Lelaki itu, yang telah mendapat taraf warganegar­a Malaysia, didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Sauni manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hisham Md Nen.

Sebanyak 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraa­n kes itu yang bermula 19 Jan lepas.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Huang yang menutup muka menggunaka­n topeng hidung dan mulut, berkata dalam bahasa Mandarin bahawa mahkamah telah berlaku adil kepada dirinya.

Dia kemudian bergegas meninggalk­an bangunan mahkamah. — Bernama

Berkaitan isu mangsa tidak melawan tertuduh kerana takut adalah tidak dapat diterima kerana mangsa sendiri mempunyai susuk badan tegap dan cergas yang mampu melawan untuk mengelakka­n kejadian itu berlaku. Noradura Hamzah Hakim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia