Utusan Borneo (Sarawak)

Bicara kes rasuah Lim dan Phang ditangguh 21 Mei

-

GEORGE TOWN: Perbicaraa­n kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhk­an kepada 21 Mei kerana Lim perlu membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 walaupun penangguha­n itu dibantah pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud membantah permohonan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim untuk menangguhk­an perbicaraa­n itu atas alasan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) masih belum menetapkan tarikh untuk penamaan calon.

“Saya memohon supaya perbicaraa­n diteruskan,” kata Masri di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Terdahulu Gobind memohon maaf kepada mahkamah kerana Lim tidak hadir pada prosiding semalam atas alasan mempunyai urusan rasmi.

“Saya mohon satu penangguha­n kerana Parlimen telah dibubarkan oleh perdana menteri. Oleh itu kami perlu masa untuk bersedia bagi pili- han raya. Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan, saya cadangkan supaya pengurusan kes ditetapkan awal bulan Mei bagi tentukan hala tuju perbicaraa­n,” katanya.

Hakim Hadhariah membenarka­n permohonan peguam itu atas alasan ia berkaitan isu mengenai proses pilihan raya dan mahkamah juga tidak boleh menjalanka­n kes tanpa kehadiran tertuduh.

“Saya tidak boleh jalankan kes tanpa tertuduh, saya juga tidak boleh tunggu tertuduh. Saya tetapkan 10 Mei untuk pengurusan kes bagi pastikan isu-isu berkaitan proses pilihan raya diselesaik­an,” katanya dan menambah, mahkamah akan menyambung semula perbicaraa­n pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini 21 Mei hingga 25 Mei.

Bagaimanap­un selepas mahkamah menangguhk­an kes, Gobind bersama peguampegu­am lain yang mewakili Lim membuat sidang media di pekarangan mahkamah bagi menjelaska­n kes itu yang turut dihadiri oleh Lim.

Di luar mahkamah Masri memberitah­u media bahawa pihaknya bersedia menjalanka­n kes dan 14 saksi pendakwaan juga bersedia memberikan keterangan semalam.

“Kami bantah permohonan penangguha­n itu kerana SPR masih belum tetapkan tarikh penamaan calon. Kita masih boleh teruskan bicara untuk minggu ini. Alasan peguam untuk tangguhkan kes tidak kukuh,” katanya.

Setakat ini hanya dua hari perbicaraa­n kes itu berlangsun­g pada 26 dan 27 Mac lepas kerana pihak pembelaan memohon untuk menangguhk­an kes atas alasan Gobind dan Lim mahu menghadiri sesi pembentang­an usul persempada­n semula kawasan pilihan raya dan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 26 Mac hingga 30 Mac dan 9 April hingga 12 April bagi perbicaraa­n. Pihak pendakwaan telah memanggil 25 saksi dan dijangka akan memanggil 29 lagi saksi.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunaka­n kedudukann­ya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkun­gan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificie­nt Emblem Sdn Bhd.

Lim, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatka­n untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan, nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugastugas rasminya (Lim).

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 21 Okt 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatka­n banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntu­kkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama PUTRAJAYA: Dua lelaki yang disyaki menerima rasuah berhubung Jawatankua­sa Bertindak Projek Terbengkal­ai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cherakah, dibebaskan daripada tahanan reman semalam.

Majistret Siti Nabilah Abd Rashid membenarka­n keduadua lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.

Sebelum ini, kedua- dua suspek yang merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok direman selama KUALA LUMPUR: Seorang penyelia syarikat pengangkut­an didakwa di dua Mahkamah Majistret Ampang semalam atas dua pertuduhan mencederak­an isteri dan anak perempuann­ya pada Januari lepas.

S. Sireganath­an, 44, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan dengan sengaja mendatangk­an cedera kepada isterinya, N.Saraswathi, 41 di sebuah pangsapuri di Jalan Ukay Perdana 4, Taman Ukay Perdana, Ampang di sini pada jam 5.30 pagi, 30 Januari selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Di hadapan Majistret Haslinda A.Raof, tertuduh juga mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan sama terhadap anak perempuann­ya yang berusia 13 tahun di tempat, waktu dan tarikh sama.

Kedua- dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama empat hari oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes itu.

Kedua- dua lelaki masing-masing berusia 75 dan 66 tahun tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 12.30 tengah hari pada Khamis lepas.

Menurut sumber SPRM, mereka disyaki menerima suapan daripada syarikat perunding pampasan sebagai balasan untuk tidak melindungi kepentinga­n peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok.

Sebelum ini, seramai tujuh individu termasuk tiga lelaki bergelar ‘Datuk’ telah direman bagi membantu siasatan SPRM berkaitan kes berkenaan. — Bernama 326A yang memperuntu­k hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran dan Raihanah Abdul Razak masing-masing mencadangk­an jaminan RM6,000 bagi setiap pertuduhan namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangka­n kerana dia menanggung keluarga termasuk dua anak.

Mohamad Firdaus membenarka­n tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa.

Haslinda pula membenarka­n tertuduh diikat jamin RM3,700 berserta syarat yang sama.

Mahkamah menetapkan 4 dan 18 Mei untuk sebutan semula kedua-dua kes itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERIUS: Lim hadir ke Mahkamah Tinggi bagi perbicaraa­n kes rasuah dengan Phang berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
— Gambar Bernama SERIUS: Lim hadir ke Mahkamah Tinggi bagi perbicaraa­n kes rasuah dengan Phang berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
 ?? — Gambar Bernama ?? TURUT DIDAKWA: Phang bersama peguamnya Hisyam Teh Poh Teik (kanan) hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini bagi perbicaraa­n kes rasuahnya bersama Lim berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan...
— Gambar Bernama TURUT DIDAKWA: Phang bersama peguamnya Hisyam Teh Poh Teik (kanan) hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini bagi perbicaraa­n kes rasuahnya bersama Lim berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia