Utusan Borneo (Sarawak)

Najib yakin Semporna terus kekal dalam tangan BN

-

SEMPORNA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional ( BN) dapat mengekalka­n kerusi Parlimen Semporna dalam Pilihan Raya Umum akan datang atas keyakinann­ya ia mendapat sokongan rakyat.

Menurut beliau, walaupun rakyat di kawasan itu menghadapi dugaan dan cabaran kebelakang­an ini (merujuk kepada tindakan Datuk Seri Shafie Apdal keluar daripada UMNO) tetapi bumi Semporna akan terus kekal dalam BN. Shafie kini mengetuai parti pembangkan­g Parti Warisan Sabah.

“Saya terharu dengan sambutan yang cukup hangat pada kunjungan saya hari ini ke Semporna dan terharu kerana rakyat Semporna masih setia kepada BN,” katanya pada majlis pelancaran Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna di sini, semalam.

Pada majlis itu, Najib turut menyerahka­n geran tanah anak negeri kepada 1,000 orang penerima dan mengisytih­arkan status BumBum sebagai Pejabat Daerah Kecil.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran dan Ketua Penerangan UMNO Semporna Datuk Ramlee Marahaban.

Justeru, Najib berkata beliau akan terus memberi perhatian kepada rakyat di Semporna yang setia kepada BN.

Menurutnya perjuangan BN khususnya UMNO di daerah ini perlu diteruskan disebabkan perjuangan­nya jelas untuk membela nasib rakyat dan meneruskan agenda pembanguna­n. Presiden UMNO itu juga berkata rentetan sejarah penubuhan UMNO membuktika­n dalam perjuangan parti, yang penting adalah parti kerana pemimpin parti itu sendiri tidak kuat kerana yang memberi kekuatan kepadanya adalah parti.

Katanya sebagai contoh pengasas UMNO Datuk Onn Jaafar meninggalk­an UMNO disebabkan tidak setuju dengan dasar UMNO dan menubuhkan Parti Negara.

“Pemimpin meninggalk­an UMNO disebabkan citacita tidak tercapai dengan mengutamak­an kepentinga­n peribadi. Sepatutnya perjuangan parti diutamakan,” katanya.

Sebab itu, Najib berkata dalam perjuangan, anggota UMNO perlu ada nilai kesetiaan kepada pemimpin dan parti dan bukannya kesetiaan kepada peribadi.

Beliau turut memberi contoh mengenai tindakan Shafie, bekas naib presiden UMNO yang tidak mengenang jasa dan menikamnya dari belakang apabila membuat keputusan keluar daripada UMNO.

“Saya bagi peluang luar biasa kepada Shafie menjadi naib presiden (UMNO) dan melantikny­a menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membawa perubahan di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.

“Minta dia bincang dengan Musa (Ketua Menteri Sabah) tetapi banyak nasihat saya dia tidak dengar. Saya kecewa dalam keadaan tertentu dia tikam saya dari belakang... pedih rasanya apabila sahabat karib berbuat demikian,” kata perdana menteri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Najib dan isteri i Rosmah disambut meriah ketika tiba untuk melancarka­n Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna di Dataran Regatta Lepa semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Najib dan isteri i Rosmah disambut meriah ketika tiba untuk melancarka­n Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna di Dataran Regatta Lepa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia