Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Semporna tidak sokong parti ditubuh atas dasar kecewa

-

SEMPORNA: Ketua Penerangan UMNO Bahagian Semporna Datuk Ramlee Marahaban yakin rakyat di daerah ini tidak akan terpengaru­h dengan parti yang ditubuhkan atas dasar dendam, kekecewaan dan berlandask­an kepentinga­n peribadi.

Beliau berkata rakyat Semporna sangat matang dan bijak dalam memilih pemimpin yang diyakini mampu memperjuan­gkan kepentinga­n dan kebajikan mereka serta pembanguna­n daerah secara keseluruha­nnya.

“Parti Warisan Sabah ( Warisan) diasaskan oleh bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga bekas ketua bahagian UMNO Semporna itu hanyalah sebagai talian hayat untuk meneruskan kelangsung­an kerjaya politiknya.

“Parti (Warisan) ini bukan memperjuan­gkan kemajuan dan pembanguna­n negeri,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna di sini, semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, menteri-menteri kabinet negeri dan pemimpin masyarakat Semporna.

Pada majlis itu, Najib turut mengisytih­arkan Pulau BumBum sebagai daerah kecil dan menyerahka­n geran tanah anak negeri kepada 1,000 penerima.

Berhubung Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna, Ramlee yang juga pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd ( WHS) berkata projek pembanguna­n itu adalah usaha sama antara WHS, sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri dan Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA).

Beliau berkata pusat pelanconga­n itu antara lain menyaksika­n enam komponen pembanguna­n termasuk pembinaan hotel setinggi 17 tingkat dengan 200 bilik, mini marina, esplanade dan pusat konvensyen berkapasit­i 1,000 orang.

“Kami menyedari potensi Semporna sebagai bandar mutiara yang menjadi tarikan pelancong. Ini adalah khas untuk rakyat Semporna. Dengan terbinanya pusat ini, limpahan manfaat akan dirasai rakyat termasuk peluang pekerjaan dan penglibata­n para usahawan tempatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia