Utusan Borneo (Sarawak)

19 anggota ‘Geng 08’ ditahan, 22 lagi terus diburu

-

ALOR SETAR: Barisan Nasional ( BN) Kedah semalam membuat laporan polis selepas pentas untuk mengadakan ceramah di Padang Awam Taman Derga Jaya, di sini dibaling dengan beberapa biji telur busuk.

Setiausaha BN negeri Datuk Md Rozai Shaifian berkata kejadian itu dipercayai berlaku awal pagi semalam berikutan pentas telah siap sepenuhnya sejak petang kelmarin.

“Akibat perbuatan itu permaidani di atas pentas terpaksa ditukar dan Setiausaha Penerangan UMNO negeri Sohaimi Zinal Abidin telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 1 petang,” katanya dalam kenyataan semalam.

“Cubaan (sabotaj) ini tidak akan menjejaska­n ceramah dan ia diteruskan seperti yang dirancang. Semangat petugas parti juga tidak terjejas dan saya minta semua premis parti memperting­katkan kawalan keselamata­n bagi mengelakka­n kejadian seperti ini daripada berlaku lagi,” katanya.

Program ceramah pada jam 9 malam kelmarin yang bertajuk ‘Menolak Pakatan Hipokrasi’ anjuran BN Kedah itu dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis menahan seramai 19 anggota kongsi gelap ‘ Geng 08’ serta memburu 22 lagi kerana terbabit dalam jenayah terancang dan jenayah serius selain membuat rampasan serta sitaan bernilai kira-kira RM167,300.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata suspek berumur 18 hingga 38 tahun itu ditangkap di sekitar Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Pahang dalam Ops Capital dari 28 hingga 30 Mac lalu.

“Kesemua suspek direman 28 hari mengikut peruntukan Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamata­n (LangkahLan­gkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Tindakan susulan diteruskan untuk mengesan suspek yang masih bebas, “katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam.

Polis turut mendapatka­n bantuan Interpol untuk mengesan mana-mana suspek yang melarikan diri ke luar negara.

Beliau berkata polis telah lama menjejak anggota kongsi gelap terbabit yang juga antara kumpulan paling aktif melakukan jenayah seperti pengubahan wang haram, bunuh, peras ugut dan samun.

Mazlan berkata siasatan turut dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Dalam pada itu, beliau berkata polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai merosakkan bendera sebuah parti politik di Jalan Burhanuddi­n Helmi di Taman Tun Dr Ismail di sini.

“Kes disiasat menerusi Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya sambil menambah tiga laporan polis setakat ini diterima mengenai insiden itu, yang mana rakaman video mengenainy­a tular dalam media sosial. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Mazlan pada sidang media berhubung kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah dalam Ops Capitol ( Kongsi Gelap) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Mazlan pada sidang media berhubung kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah dalam Ops Capitol ( Kongsi Gelap) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia