Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan akan turut dianggotai SPRM dan Jabatan Peguam Negara

-

PUTRAJAYA: Sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi memantau aktiviti rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Selain SPR, pasukan itu akan turut dianggotai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara, katanya.

Beliau berkata memandangk­an kuasa berkaitan perbuatan rasuah lebih menjurus kepada SPRM, setiap salah laku yang dilaporkan kepada SPR akan dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“Setiap pejabat pilihan raya negeri akan membuat penyelaras­an dengan semua pejabat SPRM di negeri-negeri bagi memastikan setiap penyelaras­an dan persediaan dilaksanak­an dengan sewajarnya,” katanya pada sidang media bersempena pelancaran bilik gerakan PRU14 SPRM, di sini semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Mohd Hashim berkata mereka yang didapati terlibat dengan aktiviti rasuah dan salah guna kuasa yang tertakluk di bawah Seksyen 7 hingga 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) boleh dikenakan tindakan yang memperuntu­kkan hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Katanya, kesalahan itu juga secara tidak langsung boleh mengakibat­kan kekosongan kerusi seseorang calon dan pilihan raya kecil perlu diadakan.

“Dalam masa sama, mereka yang terlibat juga akan dikeluarka­n daripada senarai daftar pemilih selama lima tahun dari tempoh sabitan tersebut,” katanya.

Mohd Hashim berkata bagi memantau kempen PRU14 bermula dari hari penamaan calon hingga pengisytih­aran keputusan pilihan raya, SPR akan turut mewujudkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen

Setiap pejabat pilihan raya negeri akan membuat penyelaras­an dengan semua pejabat SPRM di negeri-negeri bagi memastikan setiap penyelaras­an dan persediaan dilaksanak­an dengan sewajarnya. Tan Sri Mohd Hashim Abdullah Pengerusi SPR

Pilihan Raya (PP-KPR).

Katanya, setiap PP-KPR akan membuat pemantauan dan penguatkua­saan khususnya dari segi bahan-bahan kempen, poster, ceramah, syarahan dan aktiviti kempen lain termasukla­h aktiviti kempen yang berunsurka­n rasuah politik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBUKA: Dzulkifli (kanan) bersama Mohd Hashim ketika mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama DIBUKA: Dzulkifli (kanan) bersama Mohd Hashim ketika mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia