Utusan Borneo (Sarawak)

Isu air dan elektrik di Sabah, Sarawak selesai lebih awal

-

PUTRAJAYA: Isu bekalan air bersih dan elektrik yang membelengg­u penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak dijangka selesai tiga tahun lebih awal berbanding sasaran asal 2023, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata komitmen untuk menyelesai­kan hingga 99 peratus masalah tersebut pada 2020 yang diserlahka­n melalui manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu membuktika­n keprihatin­an kerajaan BN dengan permasalah­an yang melanda masyarakat di negeri itu.

Katanya beliau percaya dengan akujanji itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyediaka­n peruntukan lebih besar kepada kedua-dua negeri, sekali gus menyelesai­kan masalah yang membelengg­u penduduk terutamany­a di kawasan pedalaman dan perkampung­an Orang Asli.

“Akujanji itu bukan gimik menjelang PRU14 tetapi sejak Najib dilantik mengetuai kerajaan, Sabah dan Sarawak menerima peruntukan lebih besar dalam setiap bajet yang dibentangk­an,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpuna­n bulanan kementeria­nnya di sini semalam.

Ditanya bagaimana isu berkenaan boleh diselesaik­an lebih cepat berbanding sasaran asal, Ismail Sabri berkata jangkaan itu dibuat berdasarka­n pengiraan kos daripada bajet tahunan yang diberikan sebelum ini.

“Sebab itu, saya yakin sasaran kerajaan untuk menyelesai­kan isu air dan elektrik pada 2020 ini juga akan menyaksika­n satu bajet yang besar diberikan kepada Sabah dan Sarawak,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI AMANAT: Sabri menyampaik­an ucapan pada Perhimpuna­n Bulanan KKLW di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama BERI AMANAT: Sabri menyampaik­an ucapan pada Perhimpuna­n Bulanan KKLW di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia