Utusan Borneo (Sarawak)

Program keusahawan­an belia untuk pelatih pusat akhlak

-

PADANG TERAP: Seramai 15 orang pelatih dari pusat pemulihan akhlak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) di tiga negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Perlis akan menyertai Program Keusahawan­an Belia (B-Best) tahun ini yang dikendalik­an Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS)

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembanguna­n Belia, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Dr Mohd Ghani Mohd Yusof berkata, program itu bertujuan untuk memberi latihan mengenai ilmu keusahawan­an untuk dimanfaatk­an oleh pelatih apabila keluar dari pusat pemuihan kelak.

Katanya, buat permulaan, seramai 15 pelatih berusia 16 hingga 18 tahun dari tiga negeri ini akan ditempatka­n selama empat bulan menjalani latihan di beberapa syarikat perindustr­ian dan dibayar gaji oleh majikan.

“Menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), KBS bekerjasam­a dengan JKM untuk memberi latihan kepada pelatih kita, contoh semalam sebuah syarikat proses makanan di Taiping dah ambil lima pelatih untuk diberi latihan penyediaan makanan di Hospital Taiping.

“Kita juga tidak berhenti di situ saja dan akan kerjasama dengan pihak GLC supaya pelatih yang keluar ini akan didorong menjadi usahawan dan mengelak dari stigma pandangan serong masyarakat terhadap pelatih,” katanya pada majlis Pelancaran Inkubator Teknologi Pemprosesa­n Makanan Zon Utara di Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, dekat sini, semalam.

Dr Mohd Ghani berkata, pelatih yang dipilih adalah pelatih yang masih berbaki tempoh sebulan menjalani pemulihan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembanguna­n Kemahiran Belia, KBS, Dr Ir Azmi Ahmad dan Pengarah IKBN Naka, Mohd Ridzuan Wan Abbdullah Zawawi.

Sementara itu, Dr Mohd Ghani berkata, kerajaan sentiasa membuka peluang untuk meningkatk­an kemahiran dan modal insan kepada golongan belia menerusi penubuhan IKBN dan institut kemahiran yang lain.

IKBN Naka contohnya telah melahirkan 513 orang belia yang mahir dalam Bidang Penyejukbe­kuan dan Penyaman Udara sejak 2011 hingga tahun lalu, manakala seramai 18 orang dalam Bidang Teknologi Pemprosesa­n Makanan telah berdaftar pada Januari lalu untuk pengambila­n pertama bidang tersebut.

“Inkubator dengan peralatan canggih bagi Teknologi Pemprosesa­n Makanan adalah yang pertama seumpamany­a di zon utara da ini menjadikan IKBN Naka sebagai peneraju hab latihan dan Inkubator Teknologi Pemprosesa­n Makanan di koridor utara,” katanya.

Bidang Teknologi Pemprosesa­n Makanan yang diperkenal­kan IKBN Naka ini mendapat kerjasama dari lima syarikat strategik menerusi perjanjian persefaham­an (MoU) antara syarikat Otai Group, Aishah Food Industries, Iman Kasih Resources, Ezy Food dan Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia Kedah (LPNMK). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKUALITI: Mohd Ghani (dua kiri) menunjukka­n produk makanan yang dihasilkan pada majlis Pelancaran Inkubator Teknologi Pemprosesa­n Makanan Zon Utara di Institut Kemahiran Belia Negara Naka di Padang Terap semalam.
— Gambar Bernama BERKUALITI: Mohd Ghani (dua kiri) menunjukka­n produk makanan yang dihasilkan pada majlis Pelancaran Inkubator Teknologi Pemprosesa­n Makanan Zon Utara di Institut Kemahiran Belia Negara Naka di Padang Terap semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia