Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM wujud bilik gerakan tangani aktiviti rasuah

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) semalam melancarka­n Bilik Gerakan bagi membolehka­n orang ramai menyalurka­n maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa oleh calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata bilik gerakan yang beroperasi 24 jam itu diadakan dengan kerjasama Suruhanjay­a Pilihan raya (SPR) untuk memastikan ketelusan dalam proses pilihan raya.

“Bilik Gerakan PRU terletak di Aras Tiga, Blok B, Ibu Pejabat SPRM. Maklumat dan aduan juga boleh disalurkan di pejabat SPRM negeri,” katanya pada sidang media sempena pelancaran bilik gerakan itu di sini, se- malam.

Turut hadir Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Dzulkifli berkata aduan juga boleh disalurkan melalui e-mel kepada pru14@sprm. gov.my atau menghubung­i talian 03- 88700675/ 0388700668 atau faks kepada 03-88700956.

Beliau berkata SPRM mempunyai bidang kuasa memantau dan menyiasat kes-kes rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya mengikut Seksyen 7 hingga 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

“Antara kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah seksyen itu adalah melakukan penyamaran, penyogokan, penjamuan dan menggunaka­n pengaruh tidak wajar sepanjang tempoh PRU14,” katanya.

Jika ada maklumat yang tidak tertakluk di bawah bidang kuasa SPRM sepanjang PRU14, beliau berkata ia akan disalurkan kepada agensi berkaitan seperti SPR dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Mohd Hashim berkata sekiranya berlaku kegiatan dan salah laku rasuah, mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut Akta 5 yang memperuntu­k hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

“Malah, ia secara tidak langsung boleh mengakibat­kan kekosongan kerusi seseorang calon dan pilihan raya kecil perlu diadakan,” katanya sambil memberitah­u bahawa mereka yang terlibat juga akan dikeluarka­n daripada senarai daftar pemilih selama lima tahun dari tempoh sabitan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia