Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Pulau Pinang dibubar hari ini

-

GEORGE TOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubar semalam bagi membolehka­n Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) diadakan di negeri itu, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Katanya beliau telah bertemu Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di sini semalam bagi mendapatka­n persetujua­n pembubaran DUN.

“Saya bersyukur Tuan Yang Terutama Tun telah memberikan perkenan untuk membubarka­n Dewan Undangan Negeri yang akan berkuat kuasa pada 10 April 2018.

“Saya telah membuat syor yang serupa kepada Mesyuarat Exco sebentar tadi, yang telah pun meluluskan­nya sebulat suara,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas mengumum- kan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa Sabtu ( 7 April) bagi memberi laluan kepada PRU14.

Lim berkata surat pembubaran akan dihantar kepada Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang semalam.

Pada PRU13, DAP menguasai 19 kerusi DUN, PKR (10), PAS (satu) dan Barisan Nasional ( BN) (10). Bagi kerusi Parlimen, DAP menguasai tujuh kerusi, PKR (tiga) dan BN (tiga). — Bernama GEORGE TOWN: Setelah meninggalk­an DAP, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Sungai Pinang Teh Yee Cheu akan cuba mempertaha­nkan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti tetapi atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Anggota Jawatankua­sa PSM Choo Chon Kai berkata ini merupakan kali pertama PSM bertanding di Pulau Pinang dan akan hanya bertanding satu kerusi itu sahaja.

“Teh bukan sahaja menepati kriteria yang kami tetapkan, tetapi kami juga percaya Teh merupakan calon yang berwibawa yang boleh membina kuasa rakyat dan mencapai agenda keadilan sosial,” katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata Teh akan bertanding sebagai calon individu kerana menurut tradisi parti beliau perlu membuat persediaan asas di Sungai Pinang sekurang-kurangnya dua tahun sebelum dapat diterima sebagai anggota parti.

Teh yang juga hadir dalam sidang media itu berkata beliau mahu bertanding atas tiket PSM kerana mendapati hanya PSM yang benar-benar sanggup memperjuan­gkan keadilan sosial.

Beliau berkata sekiranya menang beliau akan menggalakk­an masyarakat di Sungai Pinang menyuaraka­n kebimbanga­n mereka dan PSM akan membawa apa yang disuarakan itu kepada kerajaan negeri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CALON BERTANDING: Zulkefly (tiga kanan) bersama para calon yang akan bertanding selepas sidang media pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-14 Parti Amanah Negara (AMANAH) di Lavenders Height, Senawang di Seremban semalam.
— Gambar Bernama CALON BERTANDING: Zulkefly (tiga kanan) bersama para calon yang akan bertanding selepas sidang media pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-14 Parti Amanah Negara (AMANAH) di Lavenders Height, Senawang di Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia