Utusan Borneo (Sarawak)

Crutchlow unggul, Marquez langgar Rossi di Argentina

-

TERMAS DE RÍO HONDO, Argentina: Pelumba dari Britain, Cal Crutchlow memenangi perlumbaan MotoGP Argentina Ahad lepas pada satu perlumbaan dicemari perlanggar­an di antara juara dunia, Marc Marquez dan Valentino Rossi.

Crutchlow mendahului kedudukan pada dua pusingan terakhir dan mengatasi Johann Zarco untuk memenangi perlumbaan kedua beliau musim ini sementara Alex Rins dari Sepanyol di tempat ketiga.

Ia adalah kemenangan Grand Prix ketiga dan ke-750 buat jentera Honda dalam kelas utama, menyebabka­n beliau merampas pendahulua­n keseluruha­n senarai pelumba dari Andrea Dovizioso.

Dovizioso memenangi perlumbaan di Qatar bulan lepas tetapi hanya menamatkan saingan di tempat keenam di sini.

“Ia menarik untuk menang tetapi secara jujurnya tidak dijangkaka­n. Saya hanya memulakan perlumbaan dengan memikirkan saya boleh menduduki tempat pertama atau kedua di belakang Marc tetapi akhirnya kami menang,” kata beliau.

“Kami boleh berasa gembira. Pasukan melakukan tugas yang hebat pada dua perlumbaan terakhir dan saya fikir kami boleh bersaing kemenangan tidak kira di mana jua litar.

“Kami akan ke Austin (22 April) dan kami memburu lima tempat teratas dan mahu mengutip seberapa banyak mata di sana nanti.”

Jack Miller dari Australia menduduki tempat keempat selepas menduduki petak pertama, dengan Marquez menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Bagaimanap­un, Marquez diturunkan ke tempat ke-18 selepas didenda potong 30 saat kerana melanggar Rossi ketika cuba memotong, menyebabka­n Rossi terbabas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia