Utusan Borneo (Sarawak)

Nauraj hadapi detik cemas sebelum melangkah ke final

-

GOLD COAST: Atlet olahraga negara, Nauraj Singh Randhawa berdepan detik cemas apabila pada awal namanya tidak tersenarai ke acara final lompat tinggi Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Namun selepas ketua jurulatih negara, Zainal Abas berjumpa dengan pihak penganjur mengenai kesilapan teknikal itu, akhirnya nama atlet program podium itu disenaraik­an ke final.

“Disebabkan ada 13 atlet membuat lompatan 2.21m pada peringkat saringan tadi jadi mereka bersetuju untuk membenarka­n kesemua 13 atlet mara ke final,” katanya kepada media menjelaska­n kekalutan tersebut.

Mengikut format acara itu, atlet perlu membuat lompatan setinggi 2.27m atau 12 lompatan terbaik akan ke pusingan akhir namun disebabkan 13 atlet telah membuat rekod sama, Nauraj yang berada di kedudukan ke-13 daripada 20 atlet, turut tersenarai.

Nauraj, 26, yang mahu memperbaha­rui rekod peribadiny­a yang juga rekod kebangsaan iaitu 2.30m berkata, beliau akan beraksi sebaik mungkin dan kekal fokus pada aksi final nanti.

Seorang lagi atlet negara, Lee Hup Wei turut melayakkan diri ke final selepas berakhir di kedudukan kelapan dengan ketinggian sama, 2.21m pada aksi di Carrara Sports and Leisure Centre, hari ini.

Hup Wei yang membuat penampilan kedua di Sukan Komanwel, belum mahu bergembira sehinggala­h acara final berakhir pada Rabu ini.

“Buat masa sekarang masih belum boleh bergembira lagi walaupun sudah layak ke final, kena beraksi di final dulu dan lepas itu baru lega.

“Kami kena buat persediaan yang lebih bagus lagi untuk aksi pada Rabu ini memandangk­an cuaca sangat panas, kena cari cara supaya tidak terdehidra­si,” katanya selepas pertanding­an.

Hup Wei yang memegang rekod peribadi terbaik dengan lompatan setinggi 2.28m itu berkata beliau perlu memperbaik­i dan memperkema­skan lagi teknik larian serta lompatanny­a sebelum turun beraksi di final.

Olimpian negara berusia 31 tahun itu menganggap atlet dari England dan Kanada sebagai pencabar utama buat dirinya di aksi final. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia