Utusan Borneo (Sarawak)

Piala FAM 2018: Kuching FA terpaksa akur pulang dengan tangan kosong

-

KUCHING: Skuad Kuching FA terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila tewas tipis 1-0 ketika menentang MOF pada aksi kelima Kumpulan A Piala FAM 2018 di Kompleks Sukan INSPEN, Bangi, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Ternyata rekod bersih Kuching FA dalam empat perlawanan sebelum ini tercalar dengan kekalahan tersebut.

Jaringan bekas penyerang kebangsaan, Abdul Manaf Mamat pada minit ke- 91 ternyata menjadi pemusnah impian Kuching FA meraih sekurang-kurang satu mata berharga selepas terikat tanpa jaringan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Pengendali Kuching FA, Shahrizan Sahari ketika dihubungi semalam tidak menafikan kekecewaan dengan kekalahan pasukannya.

Bagaimanap­un, beliau tetap berpuas hati semangat kental yang ditunjukka­n oleh pemain-pemainnya.

“Kita sedikit hilang fokus di saat akhir perlawanan sehingga membolehka­n Abdul Manaf mencuri peluang menghadiah­kan jaringan tunggal kepada MOF.

“Apapun pemain-pemain kami juga mempamerka­n aksi terbaik sepanjang perlawanan namun keputusan tidak memihak kepada kita,” katanya.

Menurutnya, beberapa peluang menjaringk­an gol turut gagal disempurna­kan dengan baik.

Kesal dengan keputusan itu, Shahrizan optimis Kuching FA akan bangkit dan memperbaik­i kesilapan agar tidak berulang.

Menurut Shahrizan, beliau tidak mahu pasukannya terus tercicir mata yang kini kekal di persada carta Kumpulan A dengan 10 mata sambil diekori rapat PBMS hanya dibezakan dengan satu mata.

Kuching FA dijadualka­n melayan kunjungan DBKL pada 15 April ini di Stadium Negeri, Petra Jaya, jam 4.15 petang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia