Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Juh Nambah Ilmu 2018’ semakin mendapat sambutan

-

PUSTAKA Negeri Sarawak sekali lagi menganjurk­an program ‘Juh Nambah Ilmu 2018’ baru-baru ini di beberapa perpustaka­an awam dan desa di sekitar Sarawak iaitu Kuching, Kota Samarahan, Lubok Antu, Betong, Sibu dan Mukah.

Program ini telah menarik minat 700 komuniti dan antara aktiviti yang diadakan ialah program Ilmu di Hujung Jari bersama warga emas, sesi Bacaan Kegemaran Saya, ‘Estorytell­ing: Imagine a Butterfly’, ‘The Art of Craft’, MakeyMakey bersama kanak-kanak dan aktiviti Makerspace seperti ‘3D Printing, 3Doodler (Build your own name)’ bersama golongan belia serta pelajar sekolah menengah.

Objektif penganjura­n program ialah untuk mempromosi­kan Pustaka Sibu yang bakal dibuka pada 2019 selain membentuk masyarakat yang membudayak­an ilmu pengetahua­n.

Ia juga bertujuan memberi ilmu dan pengetahua­n bagi melahirkan masyarakat yang bermakluma­t dan berpengeta­huan khususnya berkaitan dengan teknologi terkini.

Beberapa perpustaka­an awam dan desa telah dipilih untuk menjadi lokasi utama bagi penganjura­n Program Juh Nambah Ilmu 2018 iaitu Perpustaka­an Awam Majlis Perbandara­n Kota Samarahan, Perpustaka­an Awam Kota Padawan, Perpustaka­an Awam Engkilili, Perpustaka­an Awam Lubok Antu, Perpustaka­an Desa Kampung Tengah Pusa dan Perpustaka­an Awam Pusa.

Manakala di Sibu pula, program telah diadakan di Sibu Public Library Lanang BrancSh (Grand Heights), Perpustaka­an Desa Teku, Perpusakaa­n Awam Sukun dan Perpustaka­an Awam Durin. Di Mukah program berkenaan melibatkan Perpustaka­an Desa Kampung Teh, Perpustaka­an Awam Mukah, Perpustaka­an Awam Dalat dan Perpustaka­an Desa Oya.

Sambutan dan maklum balas yang menggalakk­an daripada para peserta pelbagai lapisan umur telah menarik minat Pustaka Negeri Sarawak untuk sekali lagi menganjurk­an program ini pada masa akan datang. Seramai 283 peserta juga telah mendaftar sebagai ahli Pustaka.

Program Juh Nambah Ilmu yang pertama telah diadakan dengan jayanya pada 24 hingga 29 Julai 2017 dengan penyertaan seramai 731 orang yang diadakan di beberapa buah perpustaka­an awam dan perpustaka­an desa di Sri Aman, Betong dan Sibu.

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini sila hubungi Dayang Najwa Hazwani atau Siti Zalilah Abang Zaidi di talian 082-442000 sambungan 339/338 dan e-mel najwa@sarawak.gov.my atau sitizz@sarawak.gov.my

 ??  ?? BUKA MINDA: Taklimat Sesi Literasi Maklumat oleh Pustakawan Pustaka membuka minda para pelajar dalam aktiviti pencarian maklumat yang berkesan.
BUKA MINDA: Taklimat Sesi Literasi Maklumat oleh Pustakawan Pustaka membuka minda para pelajar dalam aktiviti pencarian maklumat yang berkesan.
 ??  ?? BANTU WARGA EMAS: Sesi Ilmu di Hujung Jari banyak membantu warga emas dalam asas menggunaka­n Internet dan mencari maklumat dengan kaedah yang betul.
BANTU WARGA EMAS: Sesi Ilmu di Hujung Jari banyak membantu warga emas dalam asas menggunaka­n Internet dan mencari maklumat dengan kaedah yang betul.
 ??  ?? PRAKTIKAL: Pembantu perpustaka­an Pustaka mengajar cara-cata menggunaka­n 3Doodler secara ‘hands on’ kepada para pelajar.
PRAKTIKAL: Pembantu perpustaka­an Pustaka mengajar cara-cata menggunaka­n 3Doodler secara ‘hands on’ kepada para pelajar.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Wakil Pustaka menyampaik­an cenderamat­a kepada salah sebuah perpustaka­an awam yang terlibat dalam Program Juh Nambah Ilmu 2018.
PENGHARGAA­N: Wakil Pustaka menyampaik­an cenderamat­a kepada salah sebuah perpustaka­an awam yang terlibat dalam Program Juh Nambah Ilmu 2018.
 ??  ?? MENARIK: Sesi 3D Printing antara program yang paling menarik minat para peserta sepanjang ‘Program Juh Nambah Ilmu 2018’.
MENARIK: Sesi 3D Printing antara program yang paling menarik minat para peserta sepanjang ‘Program Juh Nambah Ilmu 2018’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia