Utusan Borneo (Sarawak)

Altimet kembali dengan ‘Air’

-

PENYANYI yang tidak asing lagi dalam industri muzik tempatan, Altimet, yang tidak lama sebelum ini dinobatkan sebagai pemenang Persembaha­n Terbaik di pentas Anugerah Juara Lagu-32 melalui lagunya ‘Amboi’, akan kembali menghangat­kan lagi industri muzik dengan album terbaharu beliau berjudul ‘Air’.

Menurut Altimet dalam satu kenyataan, ‘Air’, yang merupakan album solo ke-4 beliau adalah hasil kolaborasi dengan beberapa penggubah lagu tersohor dan juga penggubah baru seperti Omar K, Navigator, Emir Hermono, Kidd Santhe dan Music Kitchen.

Hasil kolaborasi mereka telah memberikan nafas segar kepada album ini tetapi masih mengekalka­n gaya tersendiri Altimet dan memaparkan enam buah lagu yang dipersemba­hkan oleh Pekin Ibrahim, Faizal Hussein, Baraka Blue, Kidd Santhe, Ashtin dan Aina Abdul.

“Cetusan inspirasi untuk album kali ini, dari idola saya sejak kecil iaitu Bruce Lee dengan mutiara kata tersohor beliau ‘Be Like Water’ yang bermaksud sifat air apabila mengalir mengikut sebarang bentuk bekas memberi saya dorongan untuk membuat eksperimen di mana saya menyesuaik­an lirik saya ke dalam muzik yang telah dicipta oleh penggubahp­enggubah lagu di dalam album ini.

“Cabaran ini telah menunjukka­n versatilit­i dan saya berharap peminat saya dapat menerima kelainan yang ingin kami tonjolkan dalam album ini,” tambah beliau.

Album edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di iTunes dan semua platform digital yang lain bermula 30 Mac lepas.

Peminat juga boleh mendapatka­n album fizikal ‘Air’ yang direka eksklusif oleh Kongsi Design di pasaran seluruh negara mulai 1 April lepas.

Maklumat lanjut mengenai album ini boleh didapati di laman rasmi Altimet di www.altimet. com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia