Utusan Borneo (Sarawak)

CJ WOW SHOP rai ulang tahun kedua, lantik sebagai duta

-

DESTINASI membeli belah pintar sehenti Malaysia CJ WOW SHOP, baru-baru ini mengumumka­n pelancaran sambutan meraikan ‘2 Tahun, Lebih WOW!’. Sempena pencapaian ini, rakyat Malaysia berpeluang menyertai karnival membeli belah dari rumah yang terbesar menampilka­n beberapa siri promosi selama satu bulan menerusi saluran CJ WOW SHOP termasuk TV, dalam talian dan aplikasi mudah alih mulai 1 April lepas.

Sejak dilancarka­n pada 2016, CJ WOW SHOP telah menambah penawaran produk daripada 27 kepada lebih 450 pada hari ini.

Antaranya termasukla­h produk isi rumah, barangan elektrik, gajetgajet, produk kecantikan, fesyen dan banyak lagi.

Saluran membeli belah ini bakal mencapai pertumbuha­n yang lebih kukuh selepas berjaya mencatat lebih 650,000 orang pelanggan dan mengutip jualan melebihi RM130 juta pada tahun 2017.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP Kim Yang Hyun dalam satu kenyataan, pencapaian yang hebat ini memberi semangat kepada mereka untuk lebih fokus dalam memenuhi keperluan lebih ramai rakyat Malaysia.

“Hari ini CJ WOW SHOP telah berkembang menjadi sebuah destinasi membeli belah pintar sehenti dan kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa pelanggan kami,” katanya.

Tambah beliau lagi, “Di samping meraikan kejayaan ini, sambutan ulang tahun ini juga merupakan penghargaa­n kami buat pelanggan dengan memenuhi keperluan mereka. Ini termasukla­h menyediaka­n produk yang lebih hebat, penjimatan dan ganjaran yang lebih tinggi bagi memeriahka­n lagi hidup mereka.”

CJ WOW SHOP juga telah melantik selebriti terkenal dan pemenang pelbagai anugerah, Yana Samsudin, sebagai duta ‘2 Tahun, Lebih WOW!’.

Pemilihan ini dibuat berdasarka­n sambutan hangat yang diterima selepas beliau menjadi pengacara undangan selebriti rancangan istimewa saluran ini, ‘The WOW Show’. Yana mempunyai rekod prestasi yang terbukti antaranya kejayaan beliau mencapai jualan melebihi 200 unit Athira Pendant oleh Habib Jewel dalam masa 22 minit.

Kerjasama ini merangkumi juga ‘Beg WOW’, beg mesra alam edisi terhad yang direka dan dibawa khas oleh Yana Samsudin.

Sepanjang bulan April, hadiah eksklusif ini akan diberikan secara percuma kepada para peminat Yana dan para pembeli yang membuat sebarang pembelian di CJ WOW SHOP.

Pelantikan ini juga selaras dengan konsep CJ WOW SHOP untuk membawa pengalaman ‘shoppertai­nment’ yang unik dan menarik.

Yana Samsudin akan berganding bahu dengan hos tetap rancangan CJ WOW SHOP seperti Zaim Helmi dan Lily Liyana bagi menghiburk­an penonton.

 ??  ?? DUTA: Yana Samsudin dilantik sebagai Duta 2 Tahun, Lebih WOW!.
DUTA: Yana Samsudin dilantik sebagai Duta 2 Tahun, Lebih WOW!.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia