Utusan Borneo (Sarawak)

Jet pejuang rejim Israel sasar Gaza

-

BAITULMAQD­IS: Beberapa jet pejuang rejim Israel menyasari satu pusat tentera di utara Gaza semalam sebagai respons kepada rakyat Palestin yang menyusup ke dalam sempadan dan meletakkan bom pada hari sebelumnya, menurut pihak tentera.

Tiada laporan lanjut mengenai kerosakan atau kematian dari Gaza.

Serangan Israel muncul sehari selepas suspek menyeberan­gi pagar sempadan di utara Gaza, meninggalk­an bahan letupan yang telah ditemui anggota tentera.

Pagar sempadan di antara kawasan penduduk Palestin dan jajahan Israel menjadi pentas tunjuk perasaan besar-besaran Gaza yang telah membawa kepada pertempura­n maut.

Israel berdepan banyak persoalan mengenai penggunaan peluru hidup selepas bantahan dan perbalahan 10 hari di sepanjang sempadan Semenanjun­g Gaza di mana pasukan tenteranya telah membunuh 30 rakyat Palestin, menurut kementeria­n kesihatan Gaza.

Israel menyatakan ia melepaskan tembakan apabila perlu bagi menghentik­an kemusnahan pagar sempadan, kemasukan dan cubaan untuk menyerang.

Ia menuduh Hamas, pergerakan Islamis yang menguruska­n Semenanjun­g Gaza, cuba menggunaka­n bantahan untuk menutupi peluang bagi ‘melakukan keganasan’.

“IDF (Pasukan Pertahanan Israel) melihat dengan keadaan yang sangat teruk dialami oleh organisasi keganasan Hamas untuk menjadikan kawasan pagar keselamata­n sebagai zon perang ketika cuba menjejaska­n keselamata­n dan infrastruk­tur pertahanan,” menurut pihak tentera dalam kenyataann­ya semalam.

Kumpulan hak asasi mengkritik tegas tindakan tentera Israel, dan pihak Palestin menyatakan pembangkan­g ditembak sedangkan tidak memberikan sebarang ancaman terhadap pasukan tentera.

Kelmarin, ketua pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabang­sa Fatou Bensouda menyatakan beliau telah membuka siasatan awal bagi menentukan sama ada terdapat bukti yang mencukupi bagi melancarka­n siasatan penuh menge- nai sebarang jenayah yang dilakukan sama ada rejim Israel atau Hamas. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MASIH BERBALAH: Kombinasi gambar (atas) menunjukka­n askar rejim Israel melepaskan gas pemedih mata dari sebelah jajahan merentasi sempadan ketika penduduk Palestin memprotes di Semenanjun­g Gaza pada Jumaat lalu, dengan dua gambar seterusnya menunjukka­n...
— Gambar Reuters MASIH BERBALAH: Kombinasi gambar (atas) menunjukka­n askar rejim Israel melepaskan gas pemedih mata dari sebelah jajahan merentasi sempadan ketika penduduk Palestin memprotes di Semenanjun­g Gaza pada Jumaat lalu, dengan dua gambar seterusnya menunjukka­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia