Utusan Borneo (Sarawak)

Kenderaan rosak di daerah tengah Nigeria, lima dibunuh

-

MAKURDI: Sekurangku­rangnya lima orang dibunuh ketika dalam perjalanan di sebatang jalan raya di daerah tengah Nigeria Benue, kawasan yang dilanda keganasan kaum yang teruk di antara penggembal­a dan peladang, menurut pihak berkuasa kelmarin.

“Pengembara diserang penyerang bersenjata pada Sabtu lepas ketika kenderaan mereka mengalami kerosakan.

“Pihak polis telah menemui lima mayat,” kata Tahav Agerzua, jurucakap gabenor negeri Samuel Ortom.

Beliau menyatakan kerajaan telah melancarka­n siasatan mengenai insiden di pekan Yelwata di sepanjang lebuh raya Lafia-Makurdi.

Gabenor mengecam pembunuhan itu dalam satu kenyataan kelmarin, menyatakan penjenayah adalah penjahat dan menyeru penahanan mereka dengan segera.

Pengerusi Miyetti Allah Cattle Breeders Associatio­n of Nigeria ( MACBAN) Danladi Chiroma menyatakan, mereka yang terkorban adakah penggembal­a etnik Fulani.

“Mangsa adalah penggembal­a Fulani yang berasal dari Awe di daerah Nasarawa.

“Mereka dalam perjalanan petang Sabtu lepas untuk menghadiri satu majlis penamaan di lokasi lain ketika mereka diserang,” menurut Chiroma.

“Malangnya kendera- an yang dinaiki orang yang terkorban mengalami masalah di Yelwata, dan ketika mereka sibuk membaikiny­a, sekumpulan penjenayah dipercayai belia Tiv menumbuk mangsa dan membunuh mereka,” kata beliau, merujuk kepada etnik petani Tiv.

Chiroma turut menyatakan angka kematian lebih tinggi, mendakwa 10 terbunuh dengan enam mayat ditemui.

Daerah Benue terletak di kawasan Bulatan Tengah di Nigeria yang memisahkan penduduk Islam di utara daripada penduduk Kristian di selatan.

Kawasan tersebut telah lama menjadi tumpuan utama ketegangan etnik, perkauman dan agama di antara komuniti perladanga­n asli yang kebanyakan­nya beragama Kristian dan penggembal­a ternakan nomad Hausa/Fulani yang beragama Islam.

Ketegangan memuncak dalam perebutan akses untuk tanah dan sumber, bertukar menjadi persengket­aan yang semakin mendalam di sepanjang garisan keagamaan nominal.

Khamis lepas sekurangku­rangnya 10 terkorban di perkampung­an TseAdudu dan Enger di kawasan Gwer Barat di daerah Benue.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari, etnik Fulani Islam dari bahagian utara, amat tertekan untuk menamatkan pembunuhan yang telah meragut ratusan nyawa sejak Januari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia