Utusan Borneo (Sarawak)

Rancang serang acara di Berlin, enam ditahan

Separa maraton berjalan lancar setelah polis pintas ‘cubaan kejam’ tersebut

-

BERLIN: Pihak berkuasa Berlin menyatakan mereka telah menangkap enam suspek kelmarin yang dipercayai merancang jenayah kejam semasa acara separa maraton di ibu negara Jerman itu yang menarik 36,000 peserta dan ribuan penonton.

Pihak pendakwa raya dan polis menyatakan, mereka telah menerima petunjuk berasingan bahawa suspek yang ditangkap kelmarin, berusia antara 18 dan 21 tahun, mungkin terlibat dalam perancanga­n jenayah kejam berhubung acara ini.

Pihak berkuasa keselamata­n menyatakan bahawa pada peringkat itu dan selepas tragedi rempuhan van maut Sabtu lepas di bandar barat Muenster, mereka memutuskan untuk memberkas suspek.

“Disebabkan siasatan masih dijalankan, tiada maklumat lanjut boleh diberikan pada masa sekarang,” tambah mereka.

Kenyataan menyebut hanya tentang beberapa tangkapan, namun kenyataan Twitter oleh pihak polis menyebut enam tangkapan telah dilakukan pasukan tentera khas.

Datuk Bandar Berlin Michael Mueller menyampaik­an penghargaa­n kepada pasukan keselamata­n kerana menghalang serangan daripada berlaku dengan sikap berjaga-jaga dan kerjasama polis.

Jurucakap polis memberitah­u AFP kemudian bahawa mereka telah menyita alat penyimpana­n data, telefon bimbit, dua kenderaan dan sebilah pisau kecil semasa serbuan.

Beliau mengesahka­n bahawa suspek yang diberkas mungkin telah merancang sesuatu semasa acara tersebut, namun perinciann­ya tidak diketahui.

Acara tersebut dijalankan awal kelmarin tanpa sebarang insiden dalam suasana hangat musim bunga.

Pegawai kanan keselamata­n Berlin Andreas Geisel menyatakan, bandar yang mempunyai 3.5 juta penduduk itu akan perlu untuk menilai semula langkah berjaga-jaganya bagi maraton berikutan serangan Muenster di mana dua terkorban.

Kira-kira 630 anggota polis telah dikerahkan untuk mengawal perlumbaan tersebut.

Pihak berkuasa percaya pesalah rakyat tempatan berusia 48 tahun dalam serangan Muenster, yang menembak mati dirinya sendiri, mengalami masalah mental dan tidak bermotifka­n politik.

Satu laporan oleh akhbar harian Die Welt yang tidak disahkan polis menyatakan suspek utama dalam siasatan Berlin merancang untuk menyerang peserta perlumbaan dan pengunjung dengan dua bilah pisau yang ditajamkan khas.

Ia menambah bahawa suspek ada kaitan dengan pemohon suaka rakyat Tunisia Anis Amri, yang melancarka­n serangan trak maut di sebuah pasar Krismas di ibu negara Jerman pada Disember 2016.

Dalam serangan pelampau terburuk di Jerman sehingga kini, Amri merampas sebuah trak dan membunuh pemandunya dari Poland sebelum membunuh 11 orang lagi serta mencederak­an beberapa orang lagi dengan memandu kenderaan berat itu ke arah orang ramai.

Dia ditembak mati polis Itali di Milan empat hari kemudian ketika dalam buruan.

Akhbar Tagesspieg­el melaporkan sebelum itu bahawa perkhidmat­an perisikan asing memberi amaran kepada polis Berlin mengenai kebarangka­lian satu serangan ketika maraton, selain mengesahka­n kecurigaan mengenai hubungan di antara salah seorang suspek dan Amri.

Seperti negara Eropah yang lain, Jerman masih menjadi sasaran militan Islamis, terutama kerana penglibata­nnya dalam pakatan yang menentang IS di Iraq dan Syria, dan pengerahan tenteranya di Afghanista­n sejak 2001.

Mahkamah pada bulan lepas menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang pemohon suaka dari Palestin, 26, kerana membunuh seorang dan mencederak­an enam lagi dengan sebilah pisau di pasar raya Hamburg di luar motif pelampau pada Julai lepas.

Perkhidmat­an keselamata­n Jerman menganggar­kan terdapat kira- kira 10,000 pengikut radikal di Jerman, dengan 1,600 daripadany­a disyaki berpotensi ganas.

Penentang politik kepada Kaunselor Angela Merkel, termasuk parti haluan kanan AfD, mendakwa situasi keselamata­n bertambah teruk dengan kehadiran lebih sejuta pendatang dan pelarian sejak 2015, kebanyakan­nya dari kawasan konflik Afrika dan Timur Tengah. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SERANGAN DIPINTAS: Anggota polis berkawal semasa acara separa maraton di Berlin, kelmarin.
— Gambar AFP SERANGAN DIPINTAS: Anggota polis berkawal semasa acara separa maraton di Berlin, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? BERDEGIL: Seorang anarkis membuat bom petrol ketika dihampiri anggota polis yang cuba membersihk­an kawasan tersebut daripada penunjuk perasaan yang memprotes pembinaan lapangan terbang baharu di Notre-Dame-des-Landes, semalam.
— Gambar AFP BERDEGIL: Seorang anarkis membuat bom petrol ketika dihampiri anggota polis yang cuba membersihk­an kawasan tersebut daripada penunjuk perasaan yang memprotes pembinaan lapangan terbang baharu di Notre-Dame-des-Landes, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia