Utusan Borneo (Sarawak)

Cukai pendapatan meliputi dua bentuk iaitu cukai yang dikenakan dan pelepasan kepada pembayar cukai, kata PwC

-

KUALA LUMPUR: Sistem cukai pendapatan individu Malaysia semakin progresif, dengan matlamat untuk terus membantu golongan berpendapa­tan rendah, selain seiring perubahan tingkah laku perbelanja­an rakyat, kata Pengarah Eksekutif PwC Internatio­nal Assignment Services Sdn Bhd, Hilda Liow.

Cukai pendapatan meliputi dua bentuk iaitu cukai yang dikenakan dan pelepasan kepada pembayar cukai.

“Dalam tempoh 10 tahun lepas, antara 11 kumpulan cukai (pendapatan bercukai) yang sedia ada, terdapat penguranga­n satu hingga lima peratus dalam setiap kumpulan, yang mengurangk­an lebih ramai individu daripada membayar cukai berbanding sebelum ini,” katanya.

Malaysia mempunyai 11 kumpulan cukai, mulai pendapatan bercukai bernilai RM0- RM5,000, yang dikenakan kadar sifar sehinggala­h pendapatan melebihi RM1,000,000, pada kadar 28 peratus.

Sebagai contoh, 10 tahun lepas pendapatan isi rumah bulanan yang dikenakan cukai ialah RM3,500, namun bagi taksiran 2017, angka itu dinaikkan kepada RM4,500.

“Berikutan penguranga­n dua peratus ( kadar cukai pendapatan individu) bagi tiga kumpulan cukai (dalam bajet 2018), angkanya kini meningkat kepada RM4,800 (untuk taksiran 2018). Oleh itu, antara taksiran 2017 dan 2018, kira-kira 261,000 lagi pembayar cukai terkeluar daripada kategori yang boleh dikenakan cukai,” katanya dalam temu bual bersama BERNAMA, RTM, dan TV3.

Dalam Bajet 2018, kadar cukai dikurangka­n sebanyak dua mata peratusan ke atas pendapatan bercukai daripada RM20,000 hingga RM70,000, yang telah meningkatk­an pendapatan boleh guna individu sebanyak RM300 hingga RM1,000.

Dalam tempoh 10 tahun lepas, beliau berkata penguranga­n cukai bagi penduduk ialah sebanyak 100 peratus bagi sesetengah orang dan sekurang-kurangnya 10 peratus bagi mereka yang berpendapa­tan sebanyak RM600,000.

Bagi pelepasan cukai, Hilda berkata kerajaan Malaysia juga sangat progresif dari segi item dan nilai.

Jumlah nilai pelepasan meningkat 22 peratus iaitu daripada RM79,000 kepada RM97,000 sejak tahun 2009.

“Beberapa perkara baharu diperkenal­kan, sesuai dengan keadaan semasa. Ia membabitka­n pembentuka­n perubahan tingkah laku mengenai cara membelanja­kan wang. Justeru, kita melihat banyak peningkata­n dari segi pengetahua­n, teknologi isi rumah, tablet dan perkara seperti itu.”

Bagi 2017, kerajaan juga mengumumka­n pelepasan cukai untuk keanggotaa­n gim diri sendiri, pasangan atau anak, selain bantuan untuk buku, tablet dan peralatan sukan.

Kerajaan juga menggalakk­an orang ramai menyimpan untuk persaraan, penjagaan kesihatan dan pendidikan dengan memberikan pelepasan cukai atas tabungan dalam dana pendidikan, insurans hayat dan skim persaraan swasta.

Ditanya sama ada pelepasan cukai itu merupakan perkara biasa, Hilda berkata ia bukan sesuatu yang biasa.

“Saya rasa Singapura memberi pelepasan, namun hanya separuh daripada yang kita laksanakan. Kebanyakan negara memberi pelepasan hanya untuk dua barangan peribadi dan gadai janji.”

Untuk masa hadapan, Hilda berkata masih banyak ruang bagi kerajaan untuk menambah baik sistem cukai pendapatan individu.

“Kadarnya masih jauh dari negara-negara yang membayar rendah. Jadi, ia boleh dikurangka­n lagi.”

Ini terutama Malaysia sudah melaksanak­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“GST ialah cukai yang lebih adil berbanding cukai langsung pendapatan. Ini disebabkan ia adalah cukai penggunaan iaitu jika anda tidak berbelanja, anda tidak perlu membayar. Ia perlu diseimbang­kan memandan- gkan individu tidak boleh membayar cukai pendapatan serta cukai penggunaan.

Oleh itu konsep di sebalik cukai langsung perlu dikurangka­n secara berperingk­at.

Selain itu, proses itu boleh dipermudah lagi, katanya.

Beliau sberkata lebih banyak perkara boleh dikendalik­an menerusi pendapatan bulanan, ‘keluarga dan pelepasan peribadi, sebagai contoh, sudah boleh diperoleh. Majikan boleh mempunyai sesuatu seperti kad cukai.”

Langkah itu bukan sahaja akan mengurangk­an lebih ramai orang daripada memfailkan cukai, bahkan turut membantu kerajaan mengurangk­an kos pentadbira­nnya, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CATAT REKOD: Lawrence Teo (dua, kanan) menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) daripada Pengarah Pembanguna­n Perniagaan MBOR Gillian Ooi (tengah) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-10 Affilate Junction (AJ) semalam.
— Gambar Bernama CATAT REKOD: Lawrence Teo (dua, kanan) menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) daripada Pengarah Pembanguna­n Perniagaan MBOR Gillian Ooi (tengah) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-10 Affilate Junction (AJ) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia