Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan mampu biayai pelbagai bantuan kepada rakyat

-

BACHOK: Kerajaan Persekutua­n berkemampu­an untuk membiayai pelbagai bentuk bantuan yang diumumkan kepada rakyat kerana mempunyai kewangan yang kukuh dan keadaan ekonomi pula semakin berkembang.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata pada tahun lepas keadaan ekonomi negara berkembang pada kadar 5.9 peratus manakala pada tahun ini dijangka berkembang antara 5.5 peratus dan 6 peratus.

“Kutipan hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri semuanya dijangka akan meningkat, disokong pula dengan harga minyak dunia yang sedang naik mendorong hasil kerajaan daripada pendapatan minyak akan bertambah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada 12 madrasah (pusat pengajian agama) di Madrasah Mawaddah Kuin Pasir di sini, semalam.

Mohd Irwan berkata kedudukan kewangan dan ekonomi yang baik itu akan membolehka­n kerajaan berbelanja terutama dari segi kebajikan rakyat.

“Keadaan ekonomi sekarang ini amat kukuh, bila hasil kerajaan bertambah kita beri balik kepada rakyat kerana kita mahu kurangkan beban sara hidup mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Irwan berkata pihak yang mempertika­ikan kemampuan kerajaan untuk membiayai bantuan kepada rakyat hanya sebagai bermotifka­n politik dan tidak berlandask­an hakikat yang sebenar.

Mengenai tambang keretapi Laluan Rel Pantai Timur ( ECRL), beliau berkata harga tiket tersebut belum ditetapkan namun ia tidak akan membebanka­n rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia