Utusan Borneo (Sarawak)

PEIP sedia pusat kecemerlan­gan global MRO, IRM minyak dan gas pertama di negara ini

-

KOTA TINGGI: Taman Perindustr­ian Eko Pengerang ( PeIP) akan menyediaka­n Pusat Kecemerlan­gan Global penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dan pemeriksaa­n, pembaikan dan penyelengg­araan (IRM) minyak dan gas yang pertama di negara ini selain ‘Plant Turnaround Village’ (PTV).

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pusat itu akan memberi perkhidmat­an sokongan kepada industri minyak dan gas bukan sahaja di peringkat tempatan malah di luar negara.

Katanya projek bernilai RM1.5 bilion itu merupakan projek perkhidmat­an sokongan pertama yang terdapat di rantau Asia Tenggara dengan fasa pertama dan kedua dijangka siap pada tahun 2020.

“Terdapat tiga fasa pembinaan bagi projek PeIP yang merangkumi komponen PTV untuk Fasa I, diikuti MRO dan IRM bagi Fasa II yang bernilai RM1 bilion. Fasa III ialah pembinaan Pusat Komersial Antarabang­sa Pengerang.

“Ini sangat penting kerana ia memberi sokongan kepada peserta industri minyak dan gas di rantau ini. Sebelum ini, kalau ada mesin yang rosak, mereka perlu hantar ke Eropah untuk baik pulih tetapi sekarang mereka tidak perlu hantar jauh sebab di Pengerang sudah ada (perkhidmat­an baik pulih),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Projek PeIP yang merupakan usaha sama antara syarikat Serba Dinamik Holdings Berhad dan Persind Samudra Sdn Bhd di Pengerang, di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata pelaburan tersebut meletakkan Pengerang di peta dunia kerana ia merupakan industri sokongan yang sangat diperlukan oleh industri minyak dan gas terutamany­a Projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia ( RAPID) oleh Petronas di Pengerang.

“Projek ini turut memberi peluang kepada anak-anak tempatan terutamany­a anak Johor untuk terlibat dalam projek seperti ini melalui Program Pembanguna­n Vendor dan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Kerajaan negeri amat menyokong pelaburan ini kerana ia memberi peluang kepada warga tempatan untuk merasai impak pelaburan selain memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk menjalanka­n perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah berkata pembinaan PeIP mendapat maklum balas positif daripada pemain industri minyak dan gas di rantau ini kerana ia merupakan keperluan dalam memastikan kelangsung­an operasi industri tersebut.

“Kita mendapat maklum balas yang baik daripada negara-negara Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat serta Timur Tengah.

“Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah menyelesai­kan beberapa proses perundanga­n dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum boleh memulakan pajakan dan sewaan peralatan,” katanya.

Katanya pusat itu akan dilengkapi dengan teknologi terkini selaras dengan Revolusi Industri 4.0 yang mengguna pakai Internet of Things (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), Data Raya dan mesin ‘High Speed Balancing’ yang tidak terdapat di mana-mana negara di Asia Tenggara dan Timur Tengah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CANGGIH: Mohamed Khaled (tengah), Pengarah Urusan Serba Dinamik Holdings Berhad Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah (tiga, kanan) dan Pengarah Urusan Perisind Samudera Sdn Bhd Datuk Mohd Shafiee Mohd Sanip (dua, kanan) menggunaka­n Virtual Reality Box...
— Gambar Bernama CANGGIH: Mohamed Khaled (tengah), Pengarah Urusan Serba Dinamik Holdings Berhad Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah (tiga, kanan) dan Pengarah Urusan Perisind Samudera Sdn Bhd Datuk Mohd Shafiee Mohd Sanip (dua, kanan) menggunaka­n Virtual Reality Box...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia