Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan selesai isu logistik DFTZ, percepat urusan kargo

Kelancaran galak penggiat logistik tempatan melakukan eksport

-

SEPANG: Kerajaan berjaya menyelesai­kan isu-isu berkaitan prosedur logistik di Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) bagi mempercepa­tkan urusan pelepasan kargo serta menjadikan Malaysia lebih menarik dalam segmen e-dagang global.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Multimedia ( MDEC) Datuk Yasmin Mahmood, bagaimanap­un mengingatk­an kalangan penggiat logistik tempatan mengenai keperluan bekerja sepenuh masa bagi memenuhi ketetapan antarabang­sa.

“Beberapa isu kecil ini timbul pada awal penubuhan DFTZ. Namun keadaan lebih lancar sekarang dan kita berjaya menyelesai­kan aspek kargo itu dalam masa kurang tiga jam,” katanya pada sidang media mengenai Projek Perintis DFTZ di sini, semalam.

Laporan sebelum ini menyatakan sebanyak 25 syarikat penghantar barangan kini beroperasi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.

Pada masa ini, lebih 60 peratus jumlah kargo dikendalik­an oleh syarikat tempatan dan disasarkan merangkumi potensi pertumbuha­n besar dalam segmen e-dagang berkenaan.

“Kelancaran proses berkaitan di DFTZ akan meng- galakkan para penggiat tempatan untuk melakukan usaha eksport, apa lagi dengan kedudukan DFTZ sebagai hab penghantar­an mega Alibaba di luar China,” katanya.

Selain itu, Yasmin juga optimis aspirasi bagi melahirkan sehingga sejuta usahawan digital dalam tempoh lima tahun mampu dicapai berikutan penerapan subjek keusahawan­an dalam kurikulum menerusi latihan vokasional dan teknikal serta di peringkat universiti.

Malah, MDEC turut bekerjasam­a erat dengan pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n ( Felda) bagi menggalakk­an kanak-kanak di tanah rancangan berkaitan memulakan usaha keusahawan­an digital, katanya.

“Ia menjadi satu kesilapan besar sekiranya kita enggan mengakui kepentinga­n peranan ekonomi digital dari segi menyediaka­n peluang yang amat besar. Seluruh dunia serta negara- negara jiran kita sudah pun memberi penekanan terhadap ekonomi digital.

“DFTZ adalah satu inisiatif penting di bawah ekonomi digital dan China adalah destinasi eksport yang besar. Pihak Gateway to China misalnya dijangka mencatat jualan antara RM9.2 juta dan RM30.6 juta menerusi usaha Import Langsung Tmall,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia