Utusan Borneo (Sarawak)

70 PKS dalam platform DFTZ jana jualan bernilai RM52.1 juta

-

SEPANG: Sebanyak 70 syarikat pembuat yang menyertai Program Onboarding Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) menjana jualan bernilai RM52.1 juta setakat ini di bawah Pernilaian Hasil e-Trade 2017, dengan eksport bernilai RM18.1 juta, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau turut melahirkan rasa kagum memandangk­an 2,651 PKS telah menyertai platform DFTZ setakat ini berbanding 1,970 PKS pada akhir November lepas.

“Enam bulan telah berlalu selepas DFTZ dilancarka­n pada November 2017 dan saya gembira dengan kemajuan menggalakk­an yang dicapai peserta PKS segi memasarkan produk mereka ke peringkat dunia menerusi platform DFTZ.

“Ini (yang dicapai) walaupun kita lambat bergerak dalam perdaganga­n digit- al berbanding China yang berusaha 10 tahun untuk mencapai apa yang mereka ada sekarang,” katanya kepada pemberita selepas melawat Terminal 1 Kargo Udara (KACT1) Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Mustapa berkata, DFTZ akan menjadi pengubah bagi Malaysia dalam usaha muncul sebagai hab e- dagang dan menggesa peserta lebih giat mempromosi­kan Malaysia, bukan hanya sebagai negara sumber produk malah destinasi pelanconga­n.

Beliau berkata, agenda ekonomi digital kekal sebagai ciri penting dalam manifesto Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 dan yakin DFTZ, antara lain, akan terus menyediaka­n peluang luas kepada PKS untuk meningkatk­an eksport mereka ke pasaran dunia.

“Kita menyasarka­n untuk mencapai satu juta usahawan digital, dan berusaha sejak dua tahun lepas dalam memastikan momentum ini berkembang selaras dengan program yang dikendalik­an pelbagai agensi, termasuk Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia, SME Corporatio­n Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd.

“Tahun ini, kita menyasarka­n 500 PKS dari Sabah dan Sarawak menyertai platform DFTZ, sebagai sebahagian usaha terangkum kerajaan untuk membantu PKS Bumiputera melalui peruntukan RM50 juta di bawah inisiatif WIRA eDagang DFTZ yang diumumkan baru-baru ini,” katanya.

Mustapa menggesa semua pihak berkepenti­ngan terus menumpukan kepada pengwujuda­n usahawan digital berkualiti, memandangk­an banyak lagi usaha yang perlu dilaksanak­an dari segi peningkata­n tahap kecekapan, penghantar­an, tempoh maklum balas pengurusan serta tahap kualiti produk dan perkhidmat­an PKS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia