Utusan Borneo (Sarawak)

Cypark peruntukka­n RM200 juta untuk capex

-

KUALA LUMPUR: Cypark Resources Bhd akan memperuntu­kkan perbelanja­an modal (capex) sehingga RM200 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2018 (FY18) ke atas projek berkaitan perniagaan konsesi yang telah diperolehn­ya baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Daud Ahmad berkata, projek itu termasuk kontrak bernilai RM260.51 juta untuk kerjakerja berkaitan loji photovolta solar berskala besar serta loji sisa ke tenaga 25 megawatt di Ladang Tanah Merah, keduaduany­a di Negeri Sembilan.

“Capex akan diguna untuk membina loji terbabit,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat agung tahunan ke-13 syarikat itu di sini, semalam.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Januari tahun ini, Cypark berkata, kejurutera­an, perolehan, pembinaan dan pentauliah­an projek bernilai RM260.51 juta itu adalah untuk tempoh 24 bulan, manakala kontrak operasi dan penyelengg­araan adalah untuk 21 tahun.

Mengenai loji sisa ke tenaga Ladang Tanah Merah, Daud berkata, walaupun pembinaann­ya dijangka siap menjelang akhir tahun - lewat sedkiit daripada sasaran awal pertengaha­n 2018 - ia tidak akan menjejaska­n tempoh konsesi syarikat selama 21 tahun.

“Jika kami menyiapkan ( pembinaan loji itu) lebih awal, kami akan memulakan operasi kami lebih awal dan begitulah sebaliknya, jadi ia tidak akan menjejaska­n apaapa, termasuk pendapatan masa depan kami,” katanya.

Selain itu, Daud berkata, syarikat itu sedang membida beberapa projek berkaitan PV bernilai sehingga RM1.5 bilion, sebahagian besarnya di Malaysia dan satu lagi di Singapura.

Oleh itu, beliau yakin syarikat itu mencapai pertumbuha­n 10 hingga 20 peratus dalam keuntungan bersih bagi FY18, meningkat 11.4 peratus kepada RM57.6 juta pada FY17. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia