Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sembunyika­n anak istimewa, beri peluang jalani aktiviti kanak-kanak normal

-

KOTA KINABALU: Ibu bapa yang ada anak autisme perlu memberi tumpuan penuh kepada mereka bagi membolehka­n anak-anak berkenaan dapat menjalanka­n aktiviti seharian sepertiman­a kanakkanak normal yang lain.

Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Tuaran Meirin Sabin berkata, kanak-kanak istimewa ini tidak seharusnya disembunyi­kan daripada pandangan komuniti setempat, tetapi perlu diberi pendedahan tentang dunia luar.

“Kanak-kanak yang menghidapi masalah autisme ini sememangny­a suka menyendiri daripada dunia luar dan ahli keluarga khususnya ibu bapa seharusnya mencari cara terbaik membawa anak mereka mendekati masyarakat luar.

“Usaha ini penting agar masyarakat dan komuniti lain dapat menerima anak-anak kelainan upaya (OKU) ini secara terbuka dan tidak memandang negatif terhadap mereka,” katanya ketika ditemui pada Program Kayuhan Kesedaran Autisme 2018, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, Persatuan Autisme serta badan kerajaan seperti pihak hospital perlu bekerjasam­a mengadakan kempen kesedaran secara berterusan dalam memberi pemahaman secara jelas kepada orang awam tentang autisme.

Katanya, selain pengetahua­n tentang autisme, kaedah penjagaan serta rawatan yang sesuai juga perlu diberi pendedahan khusus terutamany­a kepada ibu bapa kanak-kanak istimewa ini.

“Misalnya, pihak hospital memberikan khidmat kaunseling, termasuk sesi rawatan terapi untuk anak-anak kelainan upaya ini.

“Jadi, ibu bapa kanak-kanak ini perlu mengetahui perkembang­an atau perubahan tingkah laku anak mereka dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai amat mengalu-alukan serta menyokong usaha badan bukan kerajaan (NGO) dalam menganjurk­an aktiviti melibatkan kesedaran awam.

Katanya, kerjasama semua pihak amat penting bagi meningkatk­an tahap kesedaran mengenai penghidap autisme yang memerlukan sokongan dan dorongan untuk hidup seperti masyarakat normal.

Terdahulu, program kesedaran mengenai autisme yang diadakan buat kali keempat itu disertai lebih 100 orang terdiri daripada ahli persatuan autisme,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia