Utusan Borneo (Sarawak)

SPR UMUM TARIKH PENTING

Tempoh berkempen ditetapkan 11 hari dari tarikh penamaan calon hingga 11.59 malam 8 Mei.

-

PUTRAJAYA: Hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditetapkan pada 9 Mei.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah ketika mengumumka­n perkara itu berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

“Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga 11.59 malam 8 Mei,” katanya semasa mengumumka­n tarikhtari­kh penting PRU14 pada sidang akhbar khas yang turut disiarkan secara langsung menerusi RTM di Ibu Pejabat SPR di sini, semalam.

Pengundian pada 9 Mei adalah kira-kira seminggu sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan, yang dijangka jatuh pada 17 Mei.

Pada PRU13 lepas, tempoh berkempen yang ditetapkan ialah selama 15 hari.

Menurutnya lagi, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarka­n 11 April.

Mohd Hashim berkata, daftar pemilih suku keempat 2017 yang mempunyai 14,940,624 pemilih berdaftar akan digunakan untuk PRU14.

Daripada jumlah itu, 14,636,716 adalah pemilih biasa, 300,255 pengundi awal yang terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis dan 3,653 pengundi tidak hadir luar negara.

Menurut Mohd Hashim, kos pengendali­an PRU14 dianggarka­n berjumlah RM500 juta melibatkan 259,391 petugas pilihan raya.

Untuk tujuan pengundian keseluruha­n, beliau berkata, SPR menyediaka­n 8,989 premis bangunan yang akan digunakan sebagai pusat mengundi mengandung­i 28,995 tempat/saluran mengundi.

Bagi menjalanka­n proses PRU14 ini, SPR telah melantik 222 pegawai pengurus pilihan raya.

Terdahulu, Mohd Hashim mempengeru­sikan mesyuarat khas SPR untuk menentukan tarikh-tarikh penting PRU14 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa 7 April lepas.

Sebelum dibubarkan, keanggotaa­n Dewan Rakyat terdiri daripada 132 wakil Barisan Nasional (BN), DAP (36), PKR (28), PAS (13), Parti Amanah Negara (AMANAH) ( 7), Parti Warisan Sabah (WARISAN) (2), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masing-masing satu kerusi serta Bebas (2).

Jumlah kerusi yang dipertandi­ngkan pada pilihan raya umum kali ini masih kekal seperti PRU13 lepas iaitu 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohd Hashim berkata, SPR telah menerima pengisytih­aran oleh Yang diPertuan Agong berhubung pembubaran Parlimen Penggal Ke-13 pada 7 April lepas, diikuti pemakluman rasmi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat serta speaker-speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi semua negeri yang terlibat.

Semua DUN kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 9 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembaga­an Persekutua­n, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.

Sarawak telah mengadakan Pilihan Raya Negeri pada Mei 2016.

Mohd Hashim berkata, daftar pemilih PRU14 mula dijual pada 16 April ini dan para pengundi boleh membuat semakan maklumat pusat mengundi mereka melalui laman web SPR di www.spr. gov.my atau melalui aplikasi MySPR Semak atau menghubung­i talian 03-88927018 atau SMS ke 15888.

Mohd Hashim berkata, SPR telah menjemput 14 negara sebagai pemerhati antarabang­sa untuk PRU14 ini.

Mereka terdiri daripada badan pengurusan pilihan raya dari negara-negara anggota ASEAN, Komanwel, Asia dan Eropah serta sebuah pusat kajian dan sokongan kepada badan pengurusan pilihan raya yang berpangkal­an di Cambridge, United Kingdom iaitu Malaysian Commonweal­th Studies Centre (MCSC).

“SPR turut melantik 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil universiti sebagai pemerhati tempatan untuk menjalanka­n pemerhatia­n ke atas perjalanan proses PRU14 ini bermula dari hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan,” katanya.

Beliau berkata, pemerhati antarabang­sa dan pemerhati tempatan dibenarkan untuk membuat pemerhatia­n, antaranya di dalam pusat penamaan calon, pusat mengundi awal, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan proses penjumlaha­n undi di pusat penjumlaha­n rasmi undi.

Dalam hal ini, Mohd Hashim berkata, SPR tidak mengiktira­f mana-mana organisasi dan individu lain selain yang dilantik oleh SPR untuk memantau dan memerhati proses PRU14 ini.

Beliau turut mengingatk­an tarikh tutup permohonan undi pos dalam negara bagi kategori borang 1A akan ditutup pada 28 April 2018.

Katanya, tarikh tutup bagi permohonan kategori borang 1C pula adalah pada 23 April 2018.

Mohd Hashim berkata, maklumat- maklumat lain berhubung urusan pilihan raya ini akan dimaklumka­n dari semasa ke semasa oleh SPR. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNAIKAN KEWAJIPAN: Mohd Hashim (tengah) selepas mengumumka­n tarikh penamaan calon serta Pilihan Raya Umum Ke-14 di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pilihan Raya semalam.
— Gambar Bernama TUNAIKAN KEWAJIPAN: Mohd Hashim (tengah) selepas mengumumka­n tarikh penamaan calon serta Pilihan Raya Umum Ke-14 di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pilihan Raya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia