Utusan Borneo (Sarawak)

MAUT DALAM NAHAS MOTOSIKAL, KERETA

-

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang­i mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 11 Jalan Samarahan-Tabuan Jaya di sini, semalam.

Mangsa yang maut ialah Drus Anis berusia 52 tahun, berasal dari Kampung Serpan Ulu, Asajaya.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa dikatakan bergerak dari arah kawasan UniGarden apabila dipercayai cuba membuat pusingan ‘U’ menyebabka­n sebuah kereta dari arah Kota Samarahan tidak sempat mengelak lalu merempuh mereka.

“Impak rempuhan menyebabka­n keduadua mangsa tercampak beberapa meter dari tempat kejadian dan mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik.

“Manakala, seorang lagi mangsa yang berusia 55 tahun juga berasal dari Kampung Serpan Ulu, Asajaya dilaporkan turut cedera parah dan telah dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS),” kata sumber.

Difahamkan, anggota dari cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan turut hadir di lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Mangsa yang maut adalah pembonceng motosikal dan mayatnya telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.

Manakala, pemandu kereta dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

 ??  ?? AJAL: Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa ke dalam kenderaan polis untuk dihantar ke HUS.
AJAL: Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa ke dalam kenderaan polis untuk dihantar ke HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia