Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan hubung Song dan Kapit siap Julai

-

KUCHING: Sambutan Hari Gawai oleh masyarakat Dayak di Kapit bakal diraikan penuh bermakna tahun ini apabila jalan raya yang menghubung­kan Song dan Kapit siap sepenuhnya pada Julai nanti.

Mendedahka­n perkara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata pembinaan jalan sepanjang 45 kilometer (km) tersebut dijangka siap sebelum Gawai.

“Saya dimaklumka­n ia akan siap sepenuhnya pada Julai tahun ini, mungkin sebelum Gawai sudah siap.

“Malah jalan dari Kapit ke Song juga tidak ada masalah kerana Jambatan Katibas juga sudah siap, anda boleh sampai dalam masa 30 minit dan tak perlu menggunaka­n bot ekspres lagi,” katanya.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an itu berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM325,000 kepada 20 penerima luar Kapit di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan.

Jumlah keseluruha­n geran MRP yang telah disampaika­n untuk fasa pertama ialah RM855,000 yang diagihkan kepada 36 penerima termasuk di Kapit.

Mengulas lanjut, jalan dari Song ke Kanowit akan siap dalam tempoh tiga tahun dari sekarang berikutan masalah jaringan terputus sejauh 9.6km untuk menghubung­kan Kapit ke bahagian lain di Sarawak.

Katanya Kapit akan dapat dihubungka­n sepenuhnya menjelang 2021.

“Kontraktor sedang menjalanka­n kerja- kerja pembinaan yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dari sekarang (2021).

“Kita telah menunggu 50 tahun untuk itu, saya yakin masyarakat di Kapit akan bersabar menunggu tiga tahun lagi bagi menyaksika­n jalan raya yang menghubung­kan Kapit ke bahagian utama Sarawak siap sepenuhnya,” kata Masing sambil mendedahka­n projek itu berjalan mengikut jadual.

Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi peruntukan RM150 juta membina jalan raya di Kapit.

Tambahnya ia kali pertama sejak kemerdekaa­n Kapit dihubungka­n secara terus dengan seluruh Sarawak dengan terbina jalan raya baharu.

“Kita (di Kapit) tidak lagi tinggal di pulau di Kepulauan Borneo dengan siapnya jalan raya itu nanti.

“Tidak ada sebab untuk tidak memilih Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan di bawah kepimpinan perdana menteri keenam yang membantu membina jalan menghubung­kan Kapit dengan bahagian lain di negeri Sarawak,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? MANFAATKAN SEBAIKNYA: Masing menyampaik­an geran MRP kepada wakil NGO di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di Kuching semalam.
MANFAATKAN SEBAIKNYA: Masing menyampaik­an geran MRP kepada wakil NGO di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia