Utusan Borneo (Sarawak)

‘Quiet Place’ buat penampilan hebat, Black Panther atasi Titanic

-

seram penuh aksi ‘A Quiet Place’, sebuah filem yang memaparkan dialog tidak sampai tiga minit, membuat penampilan yang amat baik sekali di pawagam Amerika Utara dalam tempoh tiga hari pada hujung minggu lepas, dengan mengaut kirakira AS$50.2 juta, kata penjejak industri Exhibitor Relations.

Ia memberikan filem Paramount itu pembukaan domestik kedua tertinggi pada tahun ini, hanya di belakang filem blockbuste­r Disney/Marvel ‘Black Panther’, dalam salah satu pembukaan terbaik dalam sejarah bagi sebuah filem seram.

‘A Quiet Place’ dibuat sekitar premis yang mudah tetapi mengerikan: makhluk pemakan daging telah menyerang Bumi, tetapi mereka buta dan dapat menjejaki mangsa hanya dengan mendengar bunyi sahaja.

Maka itu pelakon/ pengarah John Krasinski, isterinya (dalam filem dan dalam kehidupan sebenar) Emily Blunt dan anak-anak mereka mesti menyesuaik­an diri – menerusi bahasa isyarat dan adaptasi pintar – atau mati.

Filem itu telah menarik reviu yang cemerlang, dengan penarafan 97 peratus oleh Rotten Tomatoes.

Pendahulu box office pada minggu lepas, ‘Ready Player One’ arahan Steven Spielberg – satu penghormat­an futuristik kepada filemfilem pada zaman 1980an – menduduki tempat kedua pada hujung minggu lepas dengan AS$24.6 juta.

Filem Warner Bros. itu menceritak­an tentang seorang pemain permainan video remaja (Wade Watts) yang mendapati diri di dalam dunia realiti maya yang menyebabka­n ketagihan. Ia mencatat perolehan sebanyak AS$96.5 juta dalam dua minggu.

Di tempat ketiga adalah satu lagi filem keluaran baharu dari Universal, ‘Blockers’, pada harga AS$20.6 juta.

Filem tersebut, sebuah komedi galak yang dibintangi John Cena dan Leslie Mann, menarik perhatian ramai di festival filem ‘South by Southwest’.

‘Black Panther’, yang masih menerima sambutan tinggi pada minggu kelapan, mengaut AS$8.7 juta di tempat keempat.

Ia sudah menjadi filem adiwira dengan pendapatan paling tinggi dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), selepas jumlah keseluruha­nnya di AS dan Kanada sekarang melebihi AS$665.6 juta.

Filem itu dibintangi Chadwick Boseman, Michael B. Jordan dan Lupita Nyong’o.

Jumlah itu membawa ‘Black Panther’ melepasi ‘Titanic’, yang telah mengumpul sebanyak AS$659 juta di Amerika Utara.

Filem ‘Black Panther’ kini adalah filem ketiga dengan jualan tertinggi sepanjang masa di rantau itu.

‘Avatar’ (2009) dan ‘Star Wars: The Force Awakens’ (2015) masih lagi mendahului, masingmasi­ng dengan AS$760 juta dan AS$936.7 juta.

Secara global, ‘Avatar’ mendahului dengan AS $2.8 bilion, diikuti oleh ‘Titanic’ (AS$2.2 bilion), kedua-duanya diarahkan oleh James Cameron. ‘Black Panther’ hanya menduduki tempat ke-10 di seluruh dunia.

Di tempat kelima adalah sebuah kisah seram psikologi ‘Tyler Perry’s Acrimony’ dengan AS$8.4 juta manakala drama keagamaan ‘I Can Only Imagine’ dari Roadside Attraction­s, memperoleh­i AS$7.8 juta.

Filem ‘I Can Only Imagine’, yang dibintangi J. Michael Finley sebagai pemimpin utama dalam sebuah band Kristian yang popular, dibuat dengan bajet sederhana AS$7 juta (RM26.6 juta) dan sekarang mengaut pendapatan bersih sebanyak AS$69 juta (RM207 juta) di Amerika Utara.

Melengkapk­an senarai 10 filem teratas adalah ‘Chappaquid­dick’ (AS$5.8 juta), ‘Sherlock Gnomes’ (AS$5.4 juta), ‘Pacific Rim: Uprising’ ($4.8 juta) dan ‘Isle of Dogs’ (AS$4.6 juta). — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? FILEM NO.1: Gambar fail bertarikh 2 April 2018 ini menunjukka­n (dari kiri) John Krasinski, Noah Jupe, Millicent Simmonds dan Emily Blunt menghadiri tayangan perdana filem ‘A Quiet Place’ di AMC Lincoln Square Theater di New York City.
— Gambar AFP FILEM NO.1: Gambar fail bertarikh 2 April 2018 ini menunjukka­n (dari kiri) John Krasinski, Noah Jupe, Millicent Simmonds dan Emily Blunt menghadiri tayangan perdana filem ‘A Quiet Place’ di AMC Lincoln Square Theater di New York City.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia