MELESTARI TENAGA NEGERI
Sarawak akan terus meneroka untuk bangun tenaga alternatif menerusi penyelidikan, teknologi baharu.
KUCHING: Sarawak terus meneroka untuk membangunkan pilihan bekalan tenaga menerusi penyelidikan dan menggunakan teknologi baharu.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia selaras dengan landasan usaha Sarawak dalam keselamatan tenaga yang akan mengukuhkan reputasi sebagai Kuasa ASEAN.
“Terkini, syarikat penyedia bekalan elektrik kita, Sarawak Energy sedang dalam kajian kebolehsaksanaan mengenai aplikasi sel bahan api kepada negeri ini.
“Peruntukan telah disediakan untuk mengendalikan penyelidikan mengenai pengeluaran hidrogen dan aplikasi hidrogen termasuk membina loji pengeluaran hidrogen,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2018 anjuran Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Utiliti Sarawak yang dihadiri Menterinya Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan
Terkini, syarikat penyedia bekalan elektrik kita, Sarawak Energy sedang dalam kajian kebolehsaksanaan mengenai aplikasi sel bahan api kepada negeri ini. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Devamany S.Krishnasamy di sini, semalam.
Abang Johari berkata, sumber tenaga alternatif sememangnya memainkan peranan penting dalam misi negeri untuk bekalan elektrik sepenuhnya kepada komuniti di kawasan pedalaman yang sukar untuk disambungkan dengan Grid Negeri.
Ujarnya ia selaras dengan sasaran Sarawak untuk mencapai 100 peratus bekalan elektrik menjelang 2025.
“Kini melalui Kementerian Utiliti dan disokong penyedia bekalan elektrik kita, Sarawak Energy, kami memasang sistem alternatif mandiri menggunakan hidro mikro dan teknologi solar kepada komuniti di pedalaman.
“Ia di bawah Skim Beka- lan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak ( SARES) dan SARES sehingga kini telah mengubah hidup ramai rakyat Sarawak yang sebelum ini tiada akses untuk bergantung bekalan secara lestari,” katanya.
Abang Johari optimistik bahawa penyelidikan negeri ini kepada pilihan bekalan alternatif serta menggunakan teknologi pintar akan memberi manfaat kepada semua rakyat Sarawak.
Ujarnya, utitiliti Sarawak kini menggabungkan teknologi pintar untuk memaksimumkan keupayaan mereka untuk beroperasi dengan cara lebih kondusif dan cekap.
Menurutnya, dalam masa tiga tahun akan datang, landskap pengangkutan awam Sarawak akan melalui transformasi ke arah lebih baik di mana bas berkuasa elektrik akan beroperasi.
“Ia akan menjadikan Kuching sebagai bandar raya pertama sebagai projek perintis di negara ini yang mempunyai bas hidrogen.
“Kesemua ini menunjukkan komitmen Sarawak ke arah lebih baik dan persekitaran yang bersih bagi pengurangan pelepasan gas rumah hijau,” katanya.
Selain itu rangkaian sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang dicadangkan di Kuching kata Abang Johari, akan diperluaskan ke bandar lain.
Sehubungan itu beliau pada sidang media selepas itu menggesa kepada agensi berkaitan untuk mengemas kini pendaftaran pengangkutan awam khasnya bas menggunakan hidrogen sebagai bahan api.
Katanya ini bagi membolehkan bas hidrogen yang dijangka akan beroperasi menjelang tahun ini di Sarawak dapat dilaksanakan.
“Pengangkutan awam adalah di bawah senarai persekutuan dan Sarawak tiada kuasa untuknya namun jika kita mahu mencapai status tenaga hijau secara global perkara ini perlu dikemaskinikan,” tegasnya.