Utusan Borneo (Sarawak)

Tertipu cinta maya, wanita kerugian lebih RM200,000

-

SIBU: Seorang wanita yang sanggup menghabisk­an wang atas dasar cinta melalui laman sosial akhirnya menanggung kerugian lebih RM200,000.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengadu, 26, mendakwa telah diperdayak­an oleh seorang lelaki yang dikenaliny­a melalui Facebook sejak Oktober tahun lepas.

“Selepas beberapa minggu berkenalan, lelaki tersebut berjanji untuk menghadiah­kan pengadu pelbagai barangan mewah yang akan dihantar ke alamat rumah pengadu,” katanya.

Stanley berkata, pengadu kemudian mendakwa menerima satu mesej daripada seorang wanita yang memperkena­lkan dirinya sebagai ‘Karen’ yang memaklumka­n barang pengadu yang dikirim dari United Kingdom telah sampai ke Malaysia.

Namun demikian katanya, pengadu mendakwa ‘Karen’ memaklumka­n bahawa mangsa perlu membuat pembayaran sejumlah wang kerana barangan tersebut melebihi had berat yang ditetapkan dan memerlukan pembayaran cukai kepada kastam.

“Pengadu telah melakukan sebanyak 24 transaksi dalam tujuh akaun berlainan melibatkan keseluruha­n kerugian berjumlah RM211,540,” kata Stanley.

Pengadu hanya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan setelah hadiah yang ditunggu-tunggu tidak sampai.

“Modus operandi suspek telah berjaya memperdaya­kan pengadu untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam bank suspek bagi mendapatka­n barang yang tidak wujud,” kata Stanley.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia